KUALA LUMPUR – PAS memohon maaf kerana Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat hadir pada Himpunan Solidariti Ummah, Sabtu ini di Nilai, Negeri Sembilan.
Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Hadi dijemput oleh Aman Palestin untuk menyampaikan ucapan dalam perhimpunan esok.
“PAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas penghormatan yang diberikan oleh pihak Aman Palestin.
“PAS memohon maaf dan ingin memaklumkan bahawa Presiden PAS tidak dapat menghadirinya disebabkan terlibat dalam program lain yang diatur lebih awal,†katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Samsuri berkata, PAS meletakkan komitmen tinggi terhadap hal ehwal Palestin sebagai isu umat Islam dan manusia sejagat yang perlu ditangani dan diselesaikan. – mynewshub.cc