Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PAS Nasihat Tun M...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS menasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Nawaz Sharif Ditahan Di...

LAHORE - Bekas perdana menteri Pakistan, Nawaz Sharif ditahan sejurus mendarat di negara...

AS Serang Guna Dron,...

WASHINGTON - Pemimpin Taliban, Mullah Mansour, dipercayai terbunuh dalam serangan dron yang dilancarkan...

Loque Jadi Pilihan Tulis...

BAGI mereka yang melalui zaman remaja sekitar era 90-an pasti mengenali Loque dan...

AC Mizal Tumpang Populariti Luna Maya

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk AC Mizal mengakui terpaksa menggunakan populariti aktres Indonesia, Luna Maya sebagai pasangan duet menerusi single lagu terbaharunya iaitu Paranoid kerana ingin menarik perhatian masyarakat seberang.

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, berkata, sejak awal lagi dia bercita-cita untuk menembusi pasaran Indonesia dengan berduet bersama penyanyi negara itu dan membayangkan Luna sebagai artis pilihan.

“Tipu jika saya kata saya tidak menggunakan populariti Luna kerana mahu lagu ini tembus ke pasaran Indonesia.

“Dan apabila bekerjasama dengannya menerusi Maharaja Lawak Mega, saya sebagai pengacaranya ketika itu melihat dia mempunyai karakter yang tersendiri ketika menjadi juri.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œKemudian, apabila saya memberi dia dengar lagu tersebut, dia terus berminat untuk bekerjasama kerana ia berkonsep muzik dance,” katanya mepada mStar Online.

AC ditemui pada majlis pelancaran single lagu Paranoid di G Tower, di sini pada Rabu.

Paranoid merupakan sebuah luahan kiasan tentang dilema yang sedang dihadapi manusia di dunia. Ia ciptaan Jeff (A To Z).

Ia tentang kerakusan manusia, keganasan yang tidak berkesudahan, perbezaan ideologi yang membawa kepada persengketaan, seterusnya mengakibatkan sikap paranoid timbul di dalam diri seseorang.


Lagu itu ciptaan Jeff (A To Z).

Pada majlis itu, AC turut mengumumkan dia kini bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music dengan menandatangani kontrak untuk 12 keluaran single lagu.

Sementara itu, AC berkata, selepas pelbagai single lagu berduet dengan beberapa penyanyi, dia sudah berani tampil secara solo.

“Dulu saya tak berani nak tampil solo, kerana berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang ahli perniagaan, saya belum berkemampuan untuk berdiri sendiri apatah lagi dengan industri seni kita yang perlahan.

“Tetapi saya mula yakin untuk tampil secara solo selepas kejayaan lagu-lagu single sebelum ini seperti Al Haq yang menampilkan Mawi dan Apa Kono Eh Jang (bersama Fida Ibrahim).

” Selepas Paranoid, saya mahu tampil solo dan tunjukkan yang saya bukan sekadar boleh rap, tetapi mampu juga untuk menyanyi sambil menari,” ujarnya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori