Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar...

Video: Polis Tak Jadi...

SEBUAH video yang menunjukkan seorang anggota polis wanita dan seorang gadis remaja menari...

AS Pujuk 31 Negara...

WASHINGTON : Lebih 30 negara anggota Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dilaporkan menyertai Amerika...

Kehadiran Penonton Di Kejohanan...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan kehadiran penonton...

Aceh Akan Sebat Golongan Gay Dengan 100 Kali Sebatan

GOLONGAN homoseksual akan dihukum 100 sebatan jika Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Aceh meluluskan rang undang-undang mengenainya.

Memetik laporan AFP, draf rang-undang-undang tersebut mengharamkan seks luar tabii di antara pasangan lelaki, serta aksi “menggosok bahagian badan untuk rangsangan” di antara pasangan wanita.

Aceh ialah satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah dan secara berperingkat menguatkuasakannya sejak 2001 apabila dia memperoleh sebahagian kuasa autonomi.

Hukuman dilakukan di khalayak ramai di Banda Aceh.

Sebelum ini, DPR Aceh mencadangkan hukuman rejam sampai mati terhadap mereka yang didapati bersalah berzina. Bagaimanapun, usul itu dibatalkan oleh gabenornya.

Wakil DPR dari Parti Aceh, Ramli Sulaiman yang mengetuai suruhanjaya merangka undang-undang mengenai gay itu berkata, sebahagian besar anggota Dewan menyokong rang undang-undang itu dan ia mungkin diluluskan esok.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah hal autonomi di Kementerian Dalam Negeri, Djohermansyah Djohan berkata, jabatan itu boleh menolak undang-undang berkenaan jika didapati ia mencabuli hak asasi manusia.


Undang-undang syariah sebelum ini juga melarang pengambilan alkohol, judi, pergaulan bebas lelaki dan wanita yang belum berkahwin.

Hukuman sebat untuk pesalah sering dijalankan di Aceh menggunakan rotan nipis yang panjang bertujuan untuk memalukan, dan bukan untuk mencederakan si pelaku.

Undang-undang ini membenarkan bayaran denda dalam bentuk emas atau hukuman penjara sebagai alternatif kepada sebatan. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • sebat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori