Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rozita Che Wan Luah...

Kesian Che Ta, dalam tengah sarat mengandung terpaksa pula mendengar gosip-gosip yang tidak...

Kesihatan Baik Jamin Kesempurnaan...

KUALA LUMPUR – Kesempatan menunaikan ibadah haji menjadi impian umat Islam dalam usaha...

Kisah Kelab Dangdut ‘Lucah’...

Oleh: Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli KEMUNCULAN mendadak tarian dangdut yang menampilkan unsur lucah...

Polis Tak Pernah Hentikan...

GEORGE TOWN - Polis tidak pernah berhenti atau cuba menutup sebarang siasatan mengenai...

Ada Peniaga Menaikkan Harga Sebelum Pelaksanaan GST

PUTRAJAYA – Sesetengah peniaga dilaporkan menaikkan harga barang sekarang kerana menjangka beberapa barangan bakal mengalami penurunan harga setelah cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai 1 April tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau, yang menerima aduan itu melalui khidmat pesanan ringkas dan aplikasi WhatsApp, berkata kerajaan memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu kerana pelaksanaan GST bukan bertujuan untuk membebankan rakyat.

“Mereka sudah tahu jika sekarang sebagai contoh pakaian dikenakan cukai sebanyak 10 peratus, maka mereka naikkan harga sekarang kerana GST yang akan dikenakan hanya pada kadar enam peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan MOF Merdeka Dive 2014 di sini hari ini.

“Ini yang kita kesalkan, pelaksanaan GST tidak seharusnya membebankan rakyat untuk membeli barangan keperluan, tetapi sudah ada di antara mereka yang menaikkan harga barangan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan,” katanya.

Ahmad berkata pelaksanaan GST tidak akan memberi kos tambahan kepada peniaga malah kos akan menjadi lebih rendah dan cukai input mereka juga boleh dituntut semula berbanding sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).


“Maka GST itu nanti bukan kos baru untuk mereka dan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang,” katanya.

Kesal dengan situasi tersebut, Ahmad meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya segera memantau perkara berkenaan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Beliau juga menasihatkan rakyat agar menambah ilmu kewangan dan kepenggunaan mereka, dan menggunakan kuasa pengguna mereka dengan memboikot peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori