Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Abang Johari Nafi Kerajaan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menafikan kerajaan...

Zakaria Ketahui Nasibnya Hari...

KUALA LUMPUR - Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd...

Felcra FC Pasang Impian...

KUALA LUMPUR – Pendatang baharu Liga Premier 2018, Felcra FC memasang impian besar...

Mufti Tempelak Air Jampi...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menempelak pihak...

Ada Tiga Sebab Utama Atlet Gagal Ujian Doping – M Jegathesan

Bekas jaguh atlet olahraga negara pada era 60-an yang kini Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Asia (OCA) Tan Sr Dr M Jegathesan menggariskan tiga jenis punca utama kegagalan seseorang atlet itu dalam ujian doping.

Menurut laporan AFP, Jegathesan berkata untuk edisi Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan sebanyak 1,900 ujian doping sudah dijalankan ke atas atlet yang bertanding setakat ini.

Daripada kesemua ujian ini, tiga atlet termasuk atlet acara Wushu Malaysia, Tai Cheau Xuen gagal melepasi ujian itu yang diadakan bagi mengesan atlet yang melakukan penipuan kerana menggunakan dadah terlarang.

Pada ujian ke atas sampel Cheau Xuen, terdapat bahan terlarang iaitu sibutramine ditemui dalam sampel atlet negara itu sekaligus menyebabkan pingat emasnya ditarik balik.

Selain kes Cheau Xuen, ada kes yang membabitkan penipuan serius dengan pengambilan pil terlarang dengan harapan pil itu akan membantu atlet berkenaan mencapai kemenangan.

“Selain itu, ada juga atlet yang dipaksa oleh jurulatih mereka untuk menggunakan bahan perangsang.

“Dan ketiga ada atlet yang terperangkap kerana ‘kedegilan’ mereka untuk mengambil ubat dan rawatan untuk kecantikan tubuh badan,” katanya.

Selain dari Malaysia, dua lagi atlet yang turut gagal dalam ujian itu ialah pemain bola sepak Tajikistan Khurshed Beknazarov dan pemain soft tenis Kemboja Yi Sophany.


Dalam kes atlet Kemboja itu, dia mengaku kepada OCA bahawa dia mengambil sibutramine sebagai satu rawatan untuk kecantikan.

Begitu juga dengan pemain bola sepak Tajikistan yang dikatakan tidak mengambil bahan terlarang itu dengan niat.

“Saya tidak fikir ada sebarang niat untuk menggunakan dadah ini untuk menipu.

“Begitupun, kami tidak boleh membuat pengecualian kepada peraturan ini atas dasar simpati. Kami memiliki kerja untuk dibuat iaitu melindungi atlet yang bersih,” kata Jegathesan.

Berkenaan kes Cheau Xuen, Ketua Kontinjen Malaysia di Incheon, Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata pihaknya akan membuat rayuan ke atas keputusan itu. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori