Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Maut Kereta...

Melaka : Lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terjunam kira-kira 15 meter...

Polis Sarawak Serbu Pusat...

KUCHING - Polis pada Sabtu menyerbu sebuah pusat perjudian siber dan transaksi judi...

Polis Minta Ibu Bapa...

BAGAN SERAI - Ibu bapa diminta memantau aktiviti anak-anak terutama yang melibatkan penggunaan...

Ambil Insurans Ketika Ke...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyarankan agar rakyat...

Adoyyy…Tiga Jam Tersepit Mesin Simpan Syiling!

Melaka – Seorang pekerja wanita sebuah kedai serbaneka 24 jam terpaksa menanggung azab hampir tiga jam selepas jari telunjuk tangan kirinya tersepit pada mesin simpanan wang syiling di sekitar Bachang, di sini, pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa Rohaila Rashid, 21, cuba mengeluarkan sesuatu yang tersekat di bahagian bawah mesin wang syiling itu sebelum jari telunjuknya tersepit.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, Razali Che Are berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Tambah Razali lagi, jari telunjuk mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh kurang dua jam dan mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian jari telunjuk tangan kiri diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian.
“Jari telunjuk mangsa akhirnya dapat dikeluarkan pada jam 8.54 pagi dengan selamat dan difahamkan mangsa dibenarkan pulang selepas pemeriksaan X-ray pada jari telunjuk mengesahkan tiada keretakan tulang,” katanya. – Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori