Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Senegal Meterai MoU...

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Republik Senegal hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU)...

Suami Diikat Pada Tiang,...

NEW DELHI - Akibat berkahwin tanpa restu keluarga, pasangan muda diculik sebelum dibelasah...

Cruz Tidak Sokong Donald...

 Ohio (Amerika Syarikat): Bekas pencabar calon presiden, Ted Cruz mengejutkan Konvensyen Kebangsaan Republikan...

Gaji CEO Makin Tinggi,...

GAJI ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat di Britain meningkat kepada 11 peratus pada...

Afiq Muiz Akui Doa Ibu Buatkan Rezekinya Tak Putus-Putus

PASTINYA masih ramai yang ingat akan konflik yang melibatkan pelakon Afiq Muiz, 22, dengan ibunya, Hasliza Mohamad, 49, suatu ketika dulu sehingga mendapat liputan meluas di media.

Konflik tersebut turut melibatkan bekas kekasihnya, Eina Azman yang kini sudahpun mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya.

Akibatnya, ramai yang mengecam tindakan Afiq yang dikatakan terlalu mengutamakan Eina berbanding ibunya sehingga dia diboikot oleh segelintir pengarah dan penerbit daripada membintangi karya mereka.

Afiq Muiz Akui Doa Ibu Buatkan Rezekinya Tak Putus-Putus

Bagaimanapun, ia berjaya diselesaikan dan kini hubungan mereka sudah kembali akrab seperti dahulu.

Memetik laporan Harian Metro, Afiq mengakui betapa rezeki itu datang daripada doa ibu yang tidak pernah putus.

Ia susulan tawaran demi tawaran yang diterimanya sehingga jadualnya kini begitu padat khususnya untuk drama bersiri.

“Saya sudah melupakan kisah lalu dan tidak lagi mahu memikirkannya kerana apa yang penting sekarang adalah bekerja keras dalam lakonan. Peristiwa itu banyak mengajar saya, membuka mata serta menjadikan saya lebih matang,” ujarnya.


Baguslah Afiq. Harapnya pembaca di luar sana dapat mengambil iktibar mengenai apa yang pernah menimpa pelakon ini.

Biarpun kisahnya umpama drama, tetapi hakikatnya itulah bukti ‘kehebatan’ doa seorang ibu dalam menentukan kejayaan dan masa depan si anak…

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori