Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Banjir: Jepun Tawar Bantuan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Jepun menawarkan bantuan kecemasan tambahan bernilai RM300,000 untuk meringankan...

Nik Abduh Sindir Husam...

KUALA LUMPUR - "Memang 'rare' murid tok guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz...

Fasha, Aidil Bertunang Tak...

KUALA LUMPUR - Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang? Sejak beberapa hari lalu, kecoh...

Rakyat Masih Menderita Akibat...

NEW YORK - Ketika pemimpin dunia menerima pakai agenda pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

Agong, Permaisuri Berangkat Ke Beijing Untuk Lawatan Negara

SEPANG – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Beijing, China bagi mengadakan lawatan negara selama tiga hari bermula hari ini.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 10.20 pagi.

Berada di Kompleks Bunga Raya untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka berdua ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin serta beberapa perwakilan asing.

Sebelum berangkat, Yang di-Pertuan Agong memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi 21 das tembakan meriam dan lagu Negaraku.


Bacaan doa sebelum keberangkatan Seri Paduka berdua dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Albakri.

Lawatan negara Seri Paduka berdua adalah sebagai membalas lawatan negara Presiden China, Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan pada Oktober tahun lepas dan bersempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Agong

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori