Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tindakan Tak Selaras Dengan...

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin...

NCSM Nafi Wap Nikotin...

KUALA LUMPUR - Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) tidak pernah membuat kenyataan wap...

5 Kes Baharu COVID-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima kes COVID-19 baharu dilaporkan hari ini dengan empat...

Lelaki Samun Guna Pistol...

BUTTERWORTH - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dengan...

Ahli Parlimen Kuching Kecam Negaraku Di Pawagam

Tindakan Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial.

Status Chong, antara lain, menyebut “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?”

Status itu dikongsi akaun Facebook Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mendapat ratusan reaksi terkejut serta mengundang kemarahan pengguna laman sosial.

Antaranya, Amirul Azmi Anuar yang menulis “Time pilihan raya terhegeh-hegeh nak jadi ahli parlimen Malaysia. Tapi kenyataan yang dibuat hari ini langsung tidak menunjukkan beliau seorang warganegara Malaysia. Layak dibuang negara sahaja hanya sekadar beban pada Malaysia.”

Andry Augustine pula memberi komen “Are u Malaysian, Sir???? Even foreigner also stand when they listen to our national anthem manakala Syahirah Rosli menyatakan “Sorry, you are disqualified to earn my respect even you’re a politician.”


Rata-Rata pengguna laman sosial mempersoal motif serta tujuan anggota Parlimen itu memuat naik status berkenaan dan meminta Chong dikenakan hukuman setimpal.

— BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori