Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Suami Saya Ada Ciri...

TIDAK malu untuk berkongsi kebahagiaan mereka daripada zaman bercinta lagi, ucapan sayang pelakon...

Suami Isteri Bingung, 4...

SEPASANG suami isteri Patricia dan Eddie Ferrin kini dalam keadaan bingung selepas tiga...

Usul Undi Tak Percaya...

SELEPAS malu besar apabila gagal ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“menumbangkanƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi perhimpunan haram...

Mahkamah Arah Serah Salinan...

KUALA LUMPUR ā€“ Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin mengarahkan pasukan pendakwaan menyerahkan...

Ahli Parlimen Mexico Dibunuh Dan Dibakar

GUADALAJARA, Mexico – Seorang ahli Parlimen Mexico diculik, kemudian bunuh dan dibakar selepas keretanya dipintas penjenayah pada waktu siang, kata pihak berkuasa semalam.

Pihak berkuasa berkata Gabriel Gomez Michel sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang di Jalisco Isnin lalu apabila lima kereta memintas kenderaan pelbagai gunanya (SUV).

Mayat bekas doktor kanak-kanak berusia 49 tahun itu dijumpai awal Selasa lalu di kawasan Zacatecas di dalam SUV yang hangus terbakar, di sisi mayat pembantunya yang juga hangus.

Pakar forensik mengenal pasti mayat Gomez Michel dan pembantunya Heriberto Nunez Ramos, yang terbakar teruk sehingga tidak dapat menyatakan bagaimana mereka dibunuh.

Ketua Pendakwa Jalisco, Luis Carlos Najera, berkata pihak penyiasat percaya kumpulan penjenayah terancang bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu.


Gambar kamera keselamatan menunjukkan terdapat beberapa kereta mengepung SUV ahli Parlimen terbabit dan seorang lelaki berbaju merah menuding jari ke arah cermin kereta berkenaan di pinggir Guadalajara.

Peguam Negara Zacatecas, Arturo Nahle berkata tiada peluru dijumpai pada mayat ataupun kereta terbabit.

Beberapa ahli politik tempatan pernah diserang ketika peperangan terhadap dadah di Mexico dan sekurang-kurangnya 30 Datuk Bandar dibunuh sejak 2006 tetapi keganasan terhadap ahli Parlimen agak berkurangan. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori