Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kereta ‘Hancur’ Bukan Parkir...

KECOH di laman sosial apabila apabila sekeping gambar sebuah kereta jenis Perodua Myvi...

Ibu Kanak-Kanak Tersepit Puji...

KAJANG - Ibu kanak-kanak autisme yang kepalanya tersepit di tembok ketika bermain di...

‘Permaisuri Zarith Sofiah Opera...

JOHOR BAHRU - Diinspirasikan daripada bentuk berlian mahkota permaisuri, "Permaisuri Zarith Sofiah Opera...

Solat Hajat Mohon Hujan...

KUALA LUMPUR - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) akan mengadakan Majlis...

Ainan Tasneem Kesal Wakil Promoter Tabur Fitnah Terhadapnya

LAMA juga tidak mendengar sebarang khabar terbaru mengenai penyanyi ‘150 Juta’, Ainan Tasneem.

Seingat kami, kali terakhir cerita yang kami siarkan ialah sewaktu dia mengalami kemalangan jalan raya beberapa bulan lalu.

Terbaru, ada perkara yang kurang enak melibatkan nama Ainan apabila ada pihak sengaja menabur fitnah terhadapnya.

Alkisahnya, ada wakil promoter yang mendakwa penyanyi itu telah menemui pihak penganjur persembahan dan meminta agar mereka berurusan terus dengannya.

Dengan cara itu, Ainan dapat mengaut bayaran 100 peratus tanpa perlu membayar kepada wakil promoter tersebut.

Pendek kata, kes ‘tikam belakang’ katanya…

Bagaimanapun, menerusi Malaysian Digest, Ainan menafikan perkara itu dan menjelaskan yang dia sudah menjangka perkara itu akan terjadi.

“Saya tahu dan kenal siapa ‘wakil promoter’ itu dan dia pernah mengugut saya untuk menyebarkan cerita tidak baik kepada wartawan kerana tidak berpuas hati.

“Sejak awal semasa saya menyertai Music Valley pihak pengurusan maklum tentang urusan persembahan saya diuruskan oleh ibu saudara saya dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah tentang perkara itu malah ia lebih memudahkan keadaan,” katanya.


Ujarnya lagi, wakil promoter tersebut tidak ikhlas dalam membantu, sebaliknya beria-ia menguruskan tempahan hanya kerana mahu mengaut komisen.

Hmm, biasalah tu Ainan…

Kalau tak berhati-hati, memang ramai yang akan ambil kesempatan.

Apapun, mungkin Ainan boleh menarik nafas lega kerana pihak pengurusan sudah pun menukar wakil bagi berurusan dengannya di masa akan datang.

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori