KUALA LUMPUR – AirAsia menawarkan sebanyak 1.5 juta tempat duduk penerbangan dengan tambang asas serendah RM5 sehala.
AirAsia dalam satu kenyataan berkata, tempat duduk promosi itu boleh didapati bagi penerbangan domestik seperti Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kuching dan Miri.
“Promosi ini juga untuk destinasi antarabangsa seperti Singapura, Bangkok, Phuket, Bandung, Vientiane, Tiruchirappalli, Kunming dan lain-lain.
“Orang ramai boleh juga terbang lebih jauh bersama AirAsia X dengan tambang asas dari serendah RM63 sehala ke Australia, China, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Sri Lanka dan Nepal,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tempahan tempat duduk promosi itu boleh dilakukan melalui lawam web www.airasia.com dari 22 September hingga 5 Oktober 2014 bagi penerbangan dari 15 Januari hingga 30 Jun 2015.
“Tempahan juga boleh didapati melalui aplikasi mudah alih AirAsia pada iPhone, peranti Android dan Blackberry 10 dan laman mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com,” kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu, penerbangan ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa itu melalui hab penerbangan tempatan syarikat penerbangan itu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu. – mynewshub.cc