Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

LIMA’19 : Platform Pembangunan...

KUALA LUMPUR – Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) akan menjadi...

Fiji Isytihar Cuti Menang...

SUVA - Tanggal 12 Ogos merupakan hari bersejarah bagi Fiji, sebuah negara kecil...

Shahir Sunting Erra Fazira...

NAMA Shahir Zawawi semakin kerap muncul di ruangan gosip selepas satu demi satu...

Tunjukkan Duitnya, Kadir Beritahu...

PETALING JAYA - Penasihat media Dr. Mahathir Mohamad, A Kadir Jasin berkata, pihak...

Akta Baharu Tetap Lindungi Hak Melayu : Khairy

KAJANG – Kerajaan memberi jaminan akta baharu yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948 tetap akan mempertahankan maruah Melayu, agama Islam dan institusi raja-raja Melayu.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata jaminan itu telah disampaikan kepada beliau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Najib telah menjelaskan kepada saya bahawa selagi beliau (Najib) adalah Perdana Menteri…selagi beliau Presiden Umno, maka akta itu akan tetap mempertahankan maruah bangsa Melayu,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

Justeru, katanya, orang Melayu tidak perlu bimbang mengenai cadangan pemansuhan Akta Hasutan dan digantikan dengan akta baharu.

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan untuk digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional telah menerima pelbagai reaksi termasuk yang tidak bersetuju akta tersebut dimansuhkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori