Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

TPM Zahid Tiba Di...

NEW YORK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba...

Musa Aman Angkat Sumpah,...

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mengangkat...

UMNO Kesal Mahathir Kini...

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan melahirkan rasa dukacita...

Didakwa Tampar Anggota Polis,...

PELAKON dan pengarah bergelar Datuk, Farid Kamil ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota...

Blogger Seks Cabar PM, Zahid Hamidi & KPN Di Facebook!!

Terlalu biadap!

Itulah yang boleh dikatakan terhadap tindakan blogger seks yang melarikan diri dari Malaysia ke Amerika Syarikat di saat kes mahkamahnya belum selesai, Alvin Tan.

Tak cukup dengan melarikan diri Alvin meneruskan perangai jahatnya mengusik keharmonian Malaysia dengan memuat naik status menghina negara ini di Facebook bersama kapsyen ‘fuck UMNO’ dan gambar dia menunjukkan jari tengah.

alvin1

Dia menggambarkan kononnya rakyat negara ini hidup dalam ketakutan kerana ramai yang telah ditahan atas Akta Hasutan semata-mata meluahkan pendapat di media sosial yang bertentangan dengan kehendak kerajaan atau UMNO.

alvin3alvin4

Ini adalah satu pembohongan jitu oleh seorang aktivis seks yang sudah lama mahukan kebebasan untuk berkongsi gambar kemaluan di Facebook.

Nampaknya jika sebelum ini Alvin menggugat maruah agama Islam dengan menggunakan babi sebagai hidangan berbuka puasa kali ini dia bertindak lebih jauh apabila memfitnah pemimpin tinggi negara termasuk Perdana Menteri dengan ayat yang sukar dimaafkan.

alvin

Tak cukup dengan penghinaan menggunakan perkataan mencarut Alvin turut mencabar supaya hukuman diambil ke atas dirinya.

alvin2

Memang langsi habis nampaknya dia bila berada depan keyboard dan di luar dari Malaysia. Rasa dah selamat sangatlah kot bila berada di negara Barat yang diharapkannya akan memberi suaka politik kepadanya tu.


Tinjauan kami mendapati rata-rata rakyat Malaysia cukup berang membaca status Alvin dan mengalu-alukan pemergiannya dari negara ini sebagai pengecut.

commentalvin3

alvinxmalaysian
alvin5

Biarpun ada juga komen daripada beberapa spesis Alvin yang bermuka tak malu kerana masih menetap di negara ini, tindakan Alvin turut dikecam warga luar negara.

commentalvin1

Kami percaya mana-mana rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini akan berasa tersirap darah membaca status Alvin.

Ia bukan lagi tahap menghina tetapi mencabar kedaulatan tanah air malah dalam satu komen Alvin mengakui dia masih belum ditangkap kerana ‘UMNO’ berlembut kepadanya.

umno berlembut

Tapi bila dah sampai ke tahap ini apakah kita masih perlu berlembut dengan pengkhianat negara yang pernah berpura-pura meminta maaf kepada rakyat Malaysia kononnya kesal atas perbuatannya? – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori