KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan memberi bantuan guaman kepada penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin jika beliau didakwa di mahkamah.
Ahli Majlis Pimpinan AMK, Zafril Eusoff mendakwa, penahanan Wan Ji dibawah Akta Hasutan atas pertuduhan yang masih belum disahkan.
“AMK mengecam sekeras-kerasnya tindakan ini yang mana ia jelas adalah susulan dari pendakwaan beramai-ramai.
“Pendakwaan ini melibatkan tokoh politik, ahli akademik, aktivis dan terkini membabitkan pendakwah,” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.
Justeru, Zafril meminta kerajaan memansuhkan Akta Hasutan kerana mendakwa aktu sebagai zalim.