Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

JDT Sedia Baham Selangor...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) telah bersedia untuk mencipta rekod...

VAR Bikin Piala Dunia...

MOSCOW - Jika sistem video bantuan pengadil (VAR) dicipta untuk memadamkan kontroversi dalam...

Sistem Integrasi Tiket KTM...

PUTRAJAYA - Sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket bagi perkhidmatan KTM komuter dengan perkhidmatan...

Hampir 23 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,646,581 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19...

AMK Harap Azmin Komited Dengan Agenda Pakatan

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengalu-alukan langkah Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merestui pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Timbalan Ketua PKR, Dr. Afif Bahardin berkata, AMK percaya pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah itu disambut baik oleh majoriti anggota parti dan rakyat negeri Selangor.

“Sehubungan itu AMK menyeru semua pihak untuk bergerak maju ke hadapan bersama dengan kepimpinan Menteri Besar Selangor yang baru.

“Seiring dengan perkembangan ini, kami akan membantu merangka dasar untuk belia dan anak muda sama ada di bandar dan desa merangkumi aspek pembangunan insan, ekonomi dan sosial,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.


Afif berkata, AMK berharap dengan pelantikan itu, Selangor akan menjadi negeri yang komited dengan agenda kesejahteraan dan kemakmuran rakyat seperti mana yang dipersetujui bersama oleh pakatan pembangkang.

“Semoga Selangor akan menjadi bukti kejayaan dasar pentadbiran pakatan dan seterusnya menjadi pemangkin untuk ke Putrajaya,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori