Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bilangan Zon Merah COVID-19...

KUALA LUMPUR - Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah setakat jam 12 tengah...

Komunis Dan Kondom Pun...

(Petikan Facebook Syahril A Kadir - KLIK)Tahukah anda selain daripada pelbagai kelengkapan senjata...

Samsung Galaxy S7 Edge...

KUALA LUMPUR - Samsung Galaxy S7 edge yang menampilkan kamera dwipiksel pertamanya akan...

Remaja Dirogol Abang Sepupu...

SIBU - Seorang gadis berusia 18 tahun tidak menyangka tindakannya mengizinkan abang sepupunya...

Angkasawan Wanita Rusia Berang Ditanya Soalan Alat Solek, Rambut

RUSIA – Yelena Serova merupakan wanita pertama Rusia yang akan dihantar ke Stesen Angkasa Lepas (ISS), namun soalan yang ditanya oleh pemberita telah menyebabkan darahnya `menyirap’.

Serova, 38, ditanya mengenai soalan tidak masuk akal iaitu alat solek dan rambut pada sidang media yang diadakan sebelum dia berlepas.

“ Awak adalah wanita pertama dalam tempoh 17 tahun yang dihantar ke angkasa lepas, jadi apa yang anda harapkan? Adakah anda membawa bersama alat solek,’’ itu soalan yang ditanya oleh seorang pemberita.

Serova memilih untuk tidak mengendahkan soalan itu tetapi dia sekali lagi dihujani dengan soalan mengenai rambutnya pula.

“ Bolehkan anda ceritakan kehidupan seharian di ISS? Sebagai contoh apa yang anda akan lakukan dengan rambut anda?’’ itu bunyi soalan salah seorang pemberita.

Bengang kerana ditanya dengan soalan tidak masuk akal itu, Serova kemudiannya menjawab:


“Saya ada soalan untuk awak (pemberita) pula! Kenapa tidak tanya soalan itu kepada angkasawan Alexander (lelaki) yang akan turut serta. Maaf ini jawapan kepada soalan awak,’’ katanya dengan penuh sindiran.

Serova bersama dengan Alexander Samokutyaev dan Barry Wilmore berlepas ke soyuz hari ini dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan.

Dia merupakan angkasawan wanita keempat Rusia berlepas ke angkasa lepas dan wanita Rusia pertama yang akan ditempatkan di ISS.

Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 11 tahun ini dijadual berada di ISS selama enam bulan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori