Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Marin Keluar 17...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat mengeluarkan 17 saman pelbagai kesalahan...

Wanita Dikurung 16 Tahun...

SEORANG wanita yang dihukum oleh keluarganya dengan mengurungnya dalam keadaan bogel di dalam...

Yang Di-Pertuan Agong Berangkat...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri...

Justo Boleh Bantu Perjelas...

PETALING JAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata penangkapan bekas eksekutif...

GST: Anwar Ibrahim Beri Alasan Pra-syarat Tidak Dipenuhi

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berdolak-dalik berhubung pendirian beliau tentang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sewaktu menjadi Menteri Kewangan.

Anwar tanpa menafikan beliau yang mengumumkan rancangan pelaksanaan GST sewaktu menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1992 mendakwa GST kononnya tidak pernah dilaksanakan di bawah beliau kerana gagal mematuhi syarat ditetapkan.

“Saya telah menerangkan GST mesti dilaksanakan dengan cara yang `telus dan cekap’ oleh itu saya telah menyatakan bahawa pra -syarat tertentu mesti dipenuhi sebelum pelaksanaan.

“Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran dan mengelakkan daripada berlakunyaamalan rasuah. Saya juga telah menekankan bahawa GST harus bermula pada tahap yang rendah,” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.


Bagaimanapun, Anwar mendakwa, pra-syarat itu tidak pernah dipenuhi menyebabkan GST tidak pernah dilaksanakan sepanjang beliau menjadi Menteri Kewangan.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang antara individu yang menentang pelaksanaan GST sejak ia diumumkan oleh kerajaan kerana didakwa akan menyusahkan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bagaimanapun menjelaskan, pelaksanaan sistem percukaian baharu itu bukan sahaja lebih adil kepada pembayar cukai bahkan dapat memastikan ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan berdaya saing. – mynewshub.my

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori