Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tarik Balik Keputusan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menarik balik keputusan menjual dua anak syarikat TH Plantations...

JKDM Rampas Rokok Seludup...

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 5,700 karton rokok...

Malaysia Ambil Iktibar Kekalahan...

KOTA TINGGI — Malaysia mengambil iktibar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memihak...

Tumpahan Minyak Di Stesen...

IPOH - Kesan minyak akibat kebocoran satu unit generator di Stesen Janaelektrik Sultan...

AP Bagi Import Lembu, Kambing, Khinzir Dan Ayam Masih Perlu

PADANG BESAR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menimbang permohonan mana-mana pihak untuk memajukan ternakan fidlot  di sini, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Padang Besar dan Kedah yang bersempadan dengan Thailand paling sesuai dijadikan pusat kuarantin atau ternakan lembu dan kerbau yang diimport secara fidlot dari negara jiran itu.

“Perlis dan Kedah paling ideal melaksanakan projek ini berbanding tempat lain kerana kerajaan menggalakkan pengimportan lembu dari negara-negara Asia Tenggara seperti Myanmar dan Kemboja selain Thailand.

“Kerajaan tidak mahu bergantung kepada satu atau dua negara sahaja untuk bekalan daging agar tidak menghadapi masalah kelak,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata keputusan Australia menetapkan syarat penyembelihan ketat terhadap lembu yang diimport dari negara itu menimbulkan banyak masalah dan jumlah terbesar daging lembu diimport ialah dari Australia.

Ismail Sabri diminta mengulas saranan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin supaya diberi keutamaan untuk Padang Besar dijadikan pusat kuarantin atau fidlot nasional.


Beliau berkata pengimport perlu memperoleh permit import (AP) terlebih dahulu untuk membawa masuk lembu, kambing, ayam dan khinzir yang diliberisasikan sejak dua tahun lepas.

Katanya bagi jenis tumbuhan, hanya kopi, kobis dan kelapa yang memerlukan AP.

“Sesiapa sahaja yang berkemampuan atau ada hubungan boleh mengimport terus sayur dari mana-mana negara selain tiga jenis tumbuhan itu yang masih perlu mendapat AP,” tambahnya.

Ismail Sabri berkata 11 pusat kuarantin yang ada di Perlis mampu menampung lembu yang diimport melalui sempadan Malaysia/Thailand di Perlis ataupun Kedah.

Malaysia mengimport kira-kira 70 peratus daging dan 30 peratus sahaja yang dikeluarkan dalam negara untuk memenuhi keperluan tempatan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori