Rasanya tak payah duduk Malaysia la kot kalau tak tahu negara ini mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama.
Memupuk perpaduan selama bertahun-tahun hingga masyarakat mampu hidup harmoni tak mudah tapi senang-senang saja sesetengah pihak mahu menghancurkannya dengan mengamalkan sikap rasis biar pun secara halus.
Sebagai contoh adalah iklan kerja yang awal-awal menggariskan peraturan cuma menerima kaum tertentu untuk diambil.
Ini boleh menyakitkan hati kaum tertentu dan menimbulkan perasaan dendam terhadap bangsa lain.
Tak hairanlah, mereka yang cintakan perpaduan dan menyedari perkara ini telah berkongsi iklan Kopitiam Old Town White Coffee di laman sosial agar pihak berkenaan berhenti melakukan perkara seperti ini.
Dalam iklan temuduga terbuka untuk mengisi kekosongan pekerja di cawangan baru di Taman Austin Johor Bahru, tertulis bahawa keutamaan individu yang datang meminta kerja adalah Melayu dan Cina sahaja.
Agaknya apa masalah mereka kalau kaum lain bekerja di situ? Apakah cuma dua bangsa ini sahaja yang datang makan di kopitiam tersebut.
Rata-rata memberikan komen bahawa perkara ini tidak patut dan mengecam amalan diskriminasi kaum ini apatah lagi ia dinyatakan secara terbuka.
Sekiranya salinan iklan ini benar, kami rasa Old Town patut meminta maaf dan menarik balik iklan ini bagi menjernihkan semula keadaan. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC