Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bos Amazon Catat Rekod...

NEW YORK - Lelaki terkaya di dunia, Jeff Bezos yang juga pemilik Amazon...

Wajah Pembunuh Kejam Di...

ISTANBUL - Polis Turki menyiarkan gambar lelaki yang disyaki penyerang kelab malam Reina...

Produk Penjagaan Kulit Halal...

KUALA LUMPUR - Momohime, rangkaian barangan penjagaan kulit halal yang diperbuat secara eksklusif...

Tiada Unsur Penipuan Dalam...

Kementerian Belia dan Sukan mendapati tiada wujud unsur penipuan dalam keputusan pemilihan anggota...

Aplikasi Bual Whatsapp, Telegram Revolusi Liputan Pilihan Raya

TUMPAT (Kelantan) – Kemodenan teknologi internet digunakan sepenuhnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor untuk penyebaran maklumat dalam kalangan wartawan sepanjang tempoh kempen.

Kedua-dua parti bertanding menggunakan aplikasi bual di internet untuk membantu menyebarkan maklumat berkaitan program parti masing-masing di sekitar DUN berkenaan yang terletak dalam daerah Tumpat.

Selain maklumat berkaitan jadual, informasi lokasi juga dikongsi dengan mudah dalam aplikasi telefon pintar sekaligus memudahkan para wartawan tiba di lokasi dengan segera menggunakan aplikasi navigasi Waze dan GPS.

Bagi maklumat berkaitan calon Barisan Nasional (BN) dan aktiviti pemimpin Kerajaan Persekutuan, Pusat Media mewujudkan kumpulan di aplikasi Telegram dengan nama ‘Pusat Media PRK N01 Pengkalan Kubor’.

Setiap wartawan yang membuat liputan pada PRK itu didaftarkan oleh pengendali kumpulan berkenaan dan maklumat berkaitan calon dan aktiviti boleh dikongsikan terus tanpa sebarang masalah dengan cepat.

Bagi PAS pula, mereka turut mewujudkan kumpulan maya menggunakan aplikasi Whatsapp dengan nama ‘PAS News PRK N01 PKubor’.

Screenshot_2014-09-16-00-29-24

Jika dahulu, para wartawan terpaksa berulang-alik ke pusat media dalam kawasan pilihan raya untuk mendapat jadual pergerakan calon mahupun anggota pimpinan dalam kerajaan menjadikan liputan program agak lambat.

Keadaan di pusat media juga ada kalanya sesak dengan wartawan sehingga kadang-kadang ada wartawan yang gagal mendapatkan jadual harian kempen pilihan raya.


Pastinya revolusi penggunaan aplikasi telefon pintar ini akan menukar corak dan cara liputan dibuat pada mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Umum akan datang.

Sesekali, apabila sudah terlalu tertekan bekerja, ada antara wartawan di dalam kumpulan berkenaan yang mencetuskan tawa dengan memuatnaik gambar menarik atau pun perbualan kosong berkaitan keadaan semasa kempen di kawasan DUN Pengkalan Kubor ini.

Sesungguhnya terbukti penggunaan aplikasi pintar seperti Whatsapp dan Telegram ini betul-betul membantu liputan media di sekitar PRK Pengkalan Kubor untuk menjadi lebih menarik.

PRK Pengkalan Kubor memperlihatkan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan bebas.

Calon BN diwakili oleh seorang guru Mat Razi Mat Ail, calon PAS pula ditandingi oleh Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas ialah Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, kerusi DUN Pengkalan Kubor diduduki oleh BN iaitu Datuk Noor Zahidi Omar.

Pada 20 Ogos lepas, Noor Zahidi meninggal dunia dan memberi laluan kepada PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan untuk mencari pengganti beliau. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori