Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Babi Ternak Australia Paling...

SYDNEY — Seekor babi betina berusia 13 bulan di Lembah Derwent, Tasmania, Australia ini...

Caliph Buskers – Sogo...

Semalam, heboh diperkatakan mengenai penahanan aktivis Adam Adli kerana memberi ucapan dalam perhimpunan...

Tiada Pertemuan Sulit MB...

SHAH ALAM - Tiada pertemuan sulit di antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri...

Pencuri Telur Terus Ancam...

LABUAN - Perubahan iklim bukanlah sebab utama penyu berjuang untuk terus hidup di...

Apple IPhone 6 Plus Vs Samsung Galaxy Note 4

Apple iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telah dilancarkan semalam dan dengan pelancaran model ini, Apple secara rasminya telah memasuki pasaran phablet dengan model iPhone 6 Plus sebagai pencabar utama kepada Samsung Galaxy Note 4.

Persoalan disini ialah bolehkah iPhone 6 Plus bersaing dengan pencabarnya yang telah lama berada di dalam arena phablet ini?

Saiz dan berat

Kedua-dua peranti ini nampaknya mempunyai ketinggian dan lebar yang menepati ciri-ciri ‘peranti besar’ iaitu tinggi yang melebihi 150mm dan lebar melebihi 75mm.

Dalam soal ketebalan, iPhone 6 Plus seharusnya diberikan kredit kerana phablet ini mempunyai ketebalan 7.1mm, berbeza dengan Note 4 yang mempunyai ketebalan 8.5mm, serta berat kedua-dua peranti ini nampaknya tidak jauh beza dimana iPhone 6 Plus seberat 172 gram dan 176 gram bagi Note 4.

qhd

Skrin paparan (QHD Super AMOLED vs Retina HD)

Apple iPhone 6 Plus hadir dengan skrin paparan Retina HD berukuran 5.5-inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel. Kepadatan piksel iPhone 6 Plus adalah 400ppi dan iOS 8 pada 6 Plus bagi memaksimumkan kelebihan skrin paparan yang lebih besar.

Manakala Skrin paparan Galaxy Note 4 hadir dengan QHD Super AMOLED berukuran 5.7-inci. dengan penggunaan skrin paparan QHD ini, Samsung Galaxy Note 4 mempunyai kepadatan piksel yang mencecah 515ppi berbanding kepadatan piksel 386ppi pada skrin paparan Galaxy Note 3.

Samsung juga mendakwa bahawa skrin paparan QHD Super AMOLED pada Galaxy Note 4 ini adalah lebih baik dan terang daripada skrin paparan QHD yang dimiliki telefon pintar di pasaran.

Jadi mengapakah teknologi QHD tidak digunapakai pada iPhone terkini? Terdapat dua sebab yang boleh kami fikirkan mengapa Apple enggan menerjah ke alam skrin QHD. Pertama sekali ialah penggunaan bateri yang lebih tinggi pada skrin QHD, dengan penggunaan skrin beresolusi QHD pastinya jangka hayat bateri akan menjadi semakin teruk. Kedua ialah ia akan mewujudkan masalah pemecahan (fragmentation) yang sinonim dengan peranti Android.

Maka, Note 4 yang menggunakan teknologi Skrin QHD AMOLED layak diberikan kredit.

apple-iphone-6-plus-vs-samsung-galaxy-note-4-design

Reka bentuk

Reka bentuk iPhone 6 dan 6 Plus adalah berasaskan aluminium anodized dengan logo Apple tahan karat. Ketebalan iPhone 6 adalah 6.9mm iaitu hampir 0.7mm lebih nipis daripada iPhone 5S. iPhone 6 Plus pula mempunyai ketebalan 7.1mm (0.5mm lebih nipis daripada iPhone 5S) dengan berat 172gram.


Samsung Galaxy Note 4 boleh dikatakan merupakan model utama Samsung yang tampil dengan reka bentuk yang elegan dan premium. phablet ini juga mempunyai rangka berasakan keluli manakala panel belakang pula adalah ‘faux-leather’ yang kelihatan seperi kulit. Samsung Galaxy Note 4 mempunyai ketebalan 8.5mm dengan berat 176gram.

apple-iphone-6-plus-vs-samsung-galaxy-note-4-camera

Kamera

Kamera iSight 8MP dikekalkan seperti empat model sebelum ini dan Apple mendakwa kamera ini telah ditambahbaik. Kamera 8MP iPhone 6 Plus ini mempunyai 1.5µ piksel dengan aperture f/2.2 selain ‘phase detection’. Apple iPhone 6 Plus

Resolusi video yang boleh diambil oleh iPhone 6 Plus kekal pada 1080p namun dengan 60fps berbanding 60fps pada resolusi 720p pada iPhone 5S. Video gerak perlahan juga ditambah baik, ianya kini boleh mengambil video gerak perlahan pada 120fps dan 240fps.

Kamera utama Samsung Galaxy Note 4 adalah 16MP dengan OIS manakala kamera hadapan model ini adalah 3.7MP 90-darjah dengan aperture f1.9. satu ciri menarik pada kamera hadapan adalah ‘Wide Selfie’ yang membolehkan anda menggambil beberapa gambar 120-darjah dan menggabungkanya menjadi satu gambar. Kedua-dua kamera ini juga mampu menerima 60% lebih cahaya daripada unit kamera pada Galaxy Note 3 sekaligus menjanjikan kualiti gambar yang lebih baik dan terang.

Bateri

Walaupun tidak memberikan sebarang maklumat mengenai jangka hayat bateri, Apple mengatakan iPhone 6 Plus akan mempunyai jangka hayat 24 jam iaitu hampir satu kali ganda lebih baik daripada iPhone 6 yang dikatakan mempunyai jangka hayat bateri sama seperti iPhone 5S.

Samsung mendakwa bateri pada Galaxy Note 4 adalah 7.5% lebih baik daripada bateri Galaxy Note 3 dan harus diingat Note 4 hadir dengan skrin paparan QHD Super AMOLED yang lebih berkuasa tinggi. Selain itu, terdapat mod pengecasan ‘fast charging’ yang mampu mengecas bateri daripada 0% ke 50% dalam masa 30 minit dan tidak cukup dengan itu, Samsung Galaxy Note 4 juga dilengkapi dengan ciri ‘Ultra Power Saving Mode’.

apple-iphone-6-plus-vs-samsung-galaxy-note-4-harga

Harga

iPhone 6 Plus dijangka lebih mahal daripada model iPhone 6 dengan versi 16GB model telefon pintar ini dijual pada harga RM 2749 manakala versi 64GB dijual pada harga RM 3149 dengan versi 128GB dijual pada harga RM 3549. Pembelian versi 64GB dan dilihat lebih murah kerana model ini ditawarkan pada harga model 32GB. Apple iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dijangkan memasuki pasaran

Harga penjualan Samsung Galaxy Note 4 dijangka kekal pada harga RM 2399 seperti Galaxy Note 3 dengan kapasti memori dalaman 32GB dan akan memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan.

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori