Sistem pembayaran mudah alih telah cuba diperkenalkan sebelum ini, namun sehingga kini tiada nama yang prominent dalam arena tersebut.
Sungguhpun demikian, ia tidak menghalang Apple dari memperkenalkan platform pembayaran mudah alihnya, iaitu Apple Pay.
Apple Pay merupakan satu kaedah pembayaran tanpa sentuh yang dibangunkan oleh Apple pada peranti iPhone 6 dan bersama Apple Watch.
Dengan menggunakan teknologi NFC yang diperkatakan sebelum ini, ia merupakan proses yang berinteraksi dengan sistem “pont of sales” bersama penggunaan Touch ID bagi pengesahan identiti pembayar Apple Pay.
Sistem yang mengunakan fungsi keselamatan “secure element’ ini dapat mengenkripsi dan menyimpan segala maklumat transaksi pembayaran dengan selamat.
Sakaligus membuatkan Kad kredit pengguna disimpan di dalam satu pin akaun khas yang unik kepada peranti tersebut bersama-sama cod dinamik pemilik.
Ini membuatkan pembayar mendapat privasi dari segala jenis transaksi yang dibuat.
Pihak Apple tidak akan menyimpan maklumat tentang sebarang transaksi, mengetahui apa yang dibeli, harga, kad kredit yang digunakan dan segala nama dan juruwang juga tidak didedahkan.
Sistem ini akan dilancarkan di Amerika Syarikat secara rasmi mulai Oktober dan buat masa ini ia akan menerima kad-kad seperti American Express, MasterCard dan Visa.
Beberapa syarikat besar juga telah bersedia menggunakan Apple pay seperti McDonalds, Disney World serta tidak dilupakan Apple Store sendiri.
iOS 8 menampilkan API Apple Pay dan ini membuka peluang kepada pembangun aplikasi untuk mengeluarkan pelbagai aplikasi yang menggunakan platform tersebut.
Sumber: Apple
Oleh: hzqahmd