Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Akan Ada Menteri Cuba...

(Temuramah berikut disiarkan laman Johor Southern Tigers sebentar tadi - 11 Januari 2017)TEMUBUAL...

Pulau Pinang Tak Akan...

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertegas tidak akan membayar satu sen atau...

Gadis Cantik Maut Dibunuh,...

SEORANG gadis cantik berusia 20 tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan dengan tisu tersumbat...

5 Ditahan Seludup Wanita...

Bangkok - Polis Thailand semalam menahan lima orang yang disyaki menyeludup wanita negara...

Ashraf Muslim Nasihatkan Isteri Jangan Upload Gambar Bersama

HAI, dah kenapa pula aktor Ashraf Muslim membuat keputusan enggan membenarkan kedua-dua isterinya, iaitu Dayana Lokman dan Wan Sakinah memuat naik gambar mereka bersama seperti mana yang dilakukan mereka sebelum ini?

Oh rupa-rupanya Ashraf enggan orang-orang di luar sana bercakap yang bukan-bukan mengenai mereka sekeluarga kerana sebelum ini ada sahaja komen-komen yang kurang enak dilontarkan kepada Ashraf.

“Saya pun tak faham apa yang salahnya gambar-gambar tersebut. Takkan kedudukan isteri pertama dan kedua yang diambil juga menjadi satu masalah?

“Untuk tidak membiarkan hal tersebut menjadi cakap-cakap orang, saya menasihati mereka agar tidak memuat naik lagi gambar-gambar bersama. Dari gambar juga boleh menimbulkan fitnah.

“Bila sudah jadi macam ni, saya tegur mereka. Dan nampaknya mereka faham dan dengar. Kalau ada pun yang dimuat naik adalah gambar masing-masing,” katanya memetik Media Hiburan.


Kesian juga kalau jadi Ashraf ni, mereka sekeluarga nak berkongsi kebahagiaan dengan orang luar pun tak boleh.

Ada je tak kena di mata pengikut laman sosial mereka.

Tak mengapalah, buatlah yang terbaik buat anda sekeluarga Ashraf dan yang penting perkara sebegini tidak menganggu keharmonian dan kerukunan rumah tangga mereka. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: AUDREY LEE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori