Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peniaga Dakwa Ditampar Polis...

SUNGAI PETANI - Seorang peniaga mendakwa ditampar di muka sehingga bengkak oleh seorang...

Marah Betul Budak Ni...

Adatlah, budak sekolah bila dah mula merasa alam percintaan maka sikap caring mereka...

Jentayu Perlu Tunjuk Kemampuan...

KUALA LUMPUR -- Seorang Ahli Parlimen UMNO meminta sebuah syarikat yang hanya baru...

Pengguna LDP, SPRINT Nikmati...

SHAH ALAM - Pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint bakal...

Astro Catat Peningkatan Pendapatan RM2.6 Bilion

KONGLOMERAT penyiaran, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO) mencatatkan peningkatan pendapatan kepada RM2.6 bilion sekaligus mengekalkan momentum pertumbuhan dua digit bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 Januari 2015.

Peningkatan 12 peratus itu dipacu oleh peningkatan pelanggan TV berbayar, pelanggan NJOI, Hasil Purata Setiap Pelanggan (ARPU) dan hasil pengiklanan. Ia juga mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak 25 peratus kepada RM266 juta bagi separuh pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ASTRO, Datuk Rohana Rozhan berkata, strategi utama konglomerat itu dengan meningkatkan jumlah asas pelanggan, meningkatkan ARPU dan memacu bahagian pengiklanan.

“Kami menawarkan lebih banyak pilihan dalam kandungan dan pakej pengguna, termasuk Astro Superpack, Astro Valuepack dan Astro Family Pack serta NJOI, perkhidmatan TV satelit langganan percuma pertama Malaysia.

“Asas pelanggan kami semakin meningkat, untuk kedua-dua Astro dan NJOI pada kos pengambilalihan pelanggan lebih rendah. Jumlah asas pelanggan telah meningkat sebanyak 491,000 tahun ke tahun kepada 4.2 juta, peningkatan sebanyak 127,000 untuk Astro dan 364,000 untuk NJOI.

“Pertumbuhan dalam asas pelanggan meliputi semua demografi dan kami amat gembira dengan pertumbuhan dalam asas pelanggan berbangsa Cina kami, didorong oleh pakej Astro seperti Chuen Min Pack dan Dynasty Pack, serta pengambilalihan daripada NJOI yang lebih tinggi,” katanya yang dipetik dari portal Astro Awani.


Penembusan Astro melalui isi rumah TV di Malaysia meningkat daripada 54 peratus kepada 60 peratus. Astro Radio telah mengekalkan kedudukannya sebagai stesen radio nombor satu bagi semua 4 bahasa. Bahagian yang menunjukkan peningkatan adalah penontonan TV dan pendengaran radio yang mendorong hasil pengiklanan yang lebih tinggi, peningkatan sebanyak 7 peratus kepada RM290 juta.

“Ini merupakan suku luar biasa pernah berlaku melalui liputan FIFA WORLD CUP BRAZIL 2014 dengan rekod tontonan TV sebanyak 8.2 juta (Astro On The Go) dan 1.9 juta (aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup),” kata Rohana.

Tambah beliau, pertambahan kapasiti selepas pelancaran satelit MEASAT-3B membolehkan Astro menawar produk nilai tambah kepada pelanggan terutama bagi siaran definisi tinggi (HD). :-MYNESWHUB.CC

Oleh: SYA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • astro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori