Asus Malaysia telah menawarkan Zenfone 6 sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini mereka dilihat telah mengemaskini harga jualan peranti pada saiz phablet berkenaan, dimana kini ia ditawarkan pada harga RM699.
Apa pun, untuk rujukan pengguna, Zenfone 6 yang ditawarkan pada harga RM699 merupakan versi berbeza dengan versi asal. Ia membawakan kod produk A601CG, dimana perbezaan ketara adalah dari segi cip pemprosesan.
Berbanding dengan versi A600CG, Zenfone 6 (A601CG) ini hadir menggunakan Intel Atom Z2560 yang membawakan kelajuan pemprosesan pada kadar 1.6GHz (berbanding dengan Intel Atom Z2580 2.0Ghz pada versi asal).
Fungsi lain seperti kamera 13-megapixel dengan PixelMaster, sokongan dwi-SIM, memori sebanyak 2GB RAM, dan skrin bersaiz 6-inci dengan resolusi 1280×720 pixel dikekalkan pada versi ini.
Asus Malaysia telah mula menawarkan phablet baru ini dan boleh didapati melalui pengedar rasmi mereka seluruh negara.
Sumber: ASUS