Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Iklan Pil Kuat Seks...

SUSULAN tindakan peniaga ubat pil kuat seks menggunakan gambarnya tanpa kebenaran dalam mempromosikan...

MRT Capai 61.2% Tahap...

KUALA LUMPUR - Projek pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) kini mencapai tahap...

Wow! Anak Che Ta...

JIKA Hairul Azreen sekeluarga memilih destinasi percutian ke kota London, Rozita Che Wan...

RCI Wang Kelian: KPN...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pernah mengarahkan...

Atlet Malaysia Di Incheon Kena Pakai Pakaian Tebal

SEPANG – Atlet negara yang mengambil bahagian di Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan perlu memakai pakaian tebal terutama pada waktu malam, kata Ketua Perubatan Malaysia ke Sukan Asia 2014, Dr Arshad Puji.

Beliau berkata ini bagi mengelak mereka daripada mengalami demam dan selesema.

“Saya difahamkan cuaca di waktu malam di sana mencecah 16 darjah celcius.Kita tidak mahu kesihatan mereka terganggu seperti demam dan selesema ketika sedang beraksi.

“Mereka juga perlu menjaga pemakanan mereka,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Incheon bersama-sama para pegawai termasuk ketua kontinjen Datuk Danyal Balagopal Abdullah, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini lewat malam tadi.


Dr Arshad berkata sebanyak 31 pegawai perubatan termasuk empat orang doktor akan berada di Incheon bagi memastikan kesihatan para atlet dalam keadaan baik dan terkawal.

“Kita telah membuat persediaan dari aspek perubatan sejak sebulan lepas. Kita juga akan menyediakan klinik perubatan dan kemudahan sains sukan di sana,” katanya.

Malaysia menghantar 280 atlet daripada 25 jenis sukan ke Incheon yang berlangsung dari 19 Sept hingga 4 Okt. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori