Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

“Populariti Ini Menakutkan Saya”...

SIAPA sangka hanya dengan sebuah drama, nama Syafiq Kyle semakin meniti di bibir...

Sultan Tegur Pemaju Lebih...

TANJONG MALIM - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan pemaju...

Al-fatihah, Seniwati Mariani Meninggal...

KUALA LUMPUR - Primadona Mariani atau Mariam Ismail, 82, disahkan meninggal dunia di...

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi...

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar...

Australia Cantas Komplot Penggal Kepala Orang Awam

SYDNEY – Pihak berkuasa Australia menahan seramai 15 orang dalam operasi antipengganas terbesar di negara itu sekali gus menggagalkan komplot kumpulan militan Negara Islam (IS) untuk melakukan beberapa ‘pembunuhan demonstrasi’ termasuk memenggal kepala orang awam secara rawak.

Bertindak berpandukan maklumat risikan, polis melancarkan satu operasi besar-besaran menjelang subuh di kota raya ini dan Brisbane melibatkan seramai 800 anggota bersama 25 waran geledah.

Setakat ini, seorang individu berdepan beberapa pertuduhan jenayah keganasan serius.

Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas sekurang-kurangnya sepucuk senjata api dan sebilah pedang.

Tertuduh, Omarjan Azari, 22, direman selepas dihadapkan di sebuah mahkamah di sini. Dia didakwa merancang tindakan keganasan bertujuan untuk ‘mengejutkan’, “menakutkan” dan ‘menggentarkan’ orang awam.

Mahkamah diberitahu bahawa Omarjan diarahkan melalui panggilan telefon oleh anggota IS paling kanan di Australia, Mohammad Baryalei supaya melakukan keganasan.

Pendakwa raya, Michael Allnutt berkata, komplot fanatik itu melibatkan ‘pemilihan secara rawak’ seorang mangsa yang akan dirakam pembunuhannya.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pula , klip video itu akan dihantar ke unit media IS di Asia Barat sebelum disiarkan kepada orang ramai.


Sebelum ini, IS telah menyiarkan klip video yang memaparkan beberapa warga asing dipenggal di Syria.

Serbuan tersebut dibuat kurang seminggu selepas Australia meningkatkan amaran ancaman keganasan di negara itu pada tahap ‘tinggi’ buat kali pertama dalam tempoh sedekad.

Ia susulan kebimbangan kerajaan berhubung kepulangan militan asing ke tanah air masing-masing selepas mereka menyertai perang di Iraq dan Syria.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, beliau telah diberi taklimat perisikan bahawa militan IS akan memenggal kepala orang awam secara rawak.

“Itu maklumat perisikan yang kami terima,” katanya.

“Arahan ini dikeluarkan oleh seorang warga tempatan yang merupakan anggota kanan rangkaian sokongan IS di Australia supaya melakukan pembunuhan demonstrasi dalam negara ini,” tambahnya. – AFP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori