Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

22 Pasukan Liga-M Mohon...

KUALA LUMPUR – Kesemua 12 pasukan Liga Super dan 10 daripada 12 pasukan...

Putik Kapas, Straw Plastik...

PUTIK kapas, alat mengacau bahan dan straw plastik akan dilarang di England susulan...

Tindakan Usir Duta Korea...

KEPUTUSAN kerajaan mengusir Duta Korea Utara keluar dari negara ini dianggap wajar selepas kegagalan...

29,619 Pengundi Kimanis Mengundi...

KIMANIS - Seramai 29,619 orang daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi pada...

Australia Tempatkan Semula Pelarian Di Kemboja

SYDNEY – Australia akan menghantar pelarian yang tiba dengan bot ke negara berkenaan untuk ditempatkan semula di Kemboja penghujung tahun ini dan akan membayar negara Asia Tenggara itu A$40 juta (RM112 juta) bagi menerima mereka.

Menteri Imigresen Scott Morrison, yang akan menandatangani perjanjian penempatan semula yang kontroversial di Phnom Penh esok, mempertahankan perancangan itu dan berkata ia akan membantu mencapai ikrar kerajaan bahawa tidak ada pelarian yang akan ditempatkan semula di Australia.

“Ia adalah penyelesaian di peringkat serantau. Ia adalah berkenaan menempatkan mereka semula di negara ketiga iaitu Kemboja, salah satu negara yang menandatangani Konvension Pelarian,” katanya kepada stesen radio nasional.

Kumpulan hak asasi manusia mengecam langkah itu, dan mendakwa Canberra melanggar kewajipan antarabangsa memandangkan Kemboja bukan negara ketiga yang selamat. – REUTERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori