Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

PM Dijangka Rombak Kabinet,...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka merombak Kabinet dalam...

Bonus Kakitangan Awam ‘Masuk...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju pembayaran bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum...

Jumlah Penduduk Terjejas Banjir...

KUALA TERENGGANU - Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu meningkat kepada 48 orang...

Danial Amier Tak Mahu...

KUALA LUMPUR - Penjaring tunggal ketika skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara melakar...

Ayam Jantan ‘Gay’ Dan Celaru Identiti Di Terengganu

NAMPAKNYA, bukan manusia sahaja yang mengalami kecelaruan identiti, sebaliknya ia turut dialami oleh seekor ayam jantan di Kampung Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu.

Apa tidaknya, ayam jantan bernama Jali milik Jamsyaril Sawal Aziz, 30, itu telah mengambil alih tugas ayam betina untuk mengeramkan telur.

(BACA – Rita Rudaini Balas Teguran Terbuka Peminat Mengenai Aurat – KLIK)

Memetik laporan Harian Metro, Jali yang berusia dua tahun itu dibelinya daripada seorang kenalan di Marang sejak setahun lalu.

Menyifatkan ia seperti cerita jenaka dan tidak masuk akal, Jamsyaril berkata, Jali sudah hampir dua minggu mengeram dan ia menarik perhatian ramai rakan dan penternak ayam yang lain untuk melihat sendiri aksi ayam jantan itu.

Dek kerana itu, empat daripada lima telur yang dieramkan oleh Jali pecah kerana berasa terganggu dengan kehadiran orang ramai.

Pada masa yang sama, ayam betina yang sepatutnya mengeram di dalam reban itu juga dilihat menjauhi Jali yang kemaruk mengeram sehingga sanggup mematuk sesiapa sahaja yang mengganggunya.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Negeri Terengganu, Hamid Salleh berkata, sikap ayam jantan itu mungkin didorong oleh faktor usia yang terlalu tua dan nyanyuk.


Beliau turut menjelaskan bahawa telur tersebut tidak akan menetas dan akan rosak begitu sahaja.

Ha, memang pelik bukan?

Tapi, walau macam mana si ayam ini cuba melanggar fitrah alam, ia tetap tidak dapat melawan apa yang telah diatur oleh-Nya.

Agaknya kalau perangai Jali ini diterjemahkan kepada perangai manusia, mungkin ia layak dipanggil ‘ayam gay’…

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori