Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3 Lelaki Diberkas, Heroin...

IPOH - Polis Perak menahan tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan pengedar dan merampas...

Rakyat Johor Bakal Nikmati...

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor bakal menikmati perkhidmatan wifi percuma di beberapa lokasi...

KAFA Kecewa Prestasi Pasukan...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

Rakyat Taiwan Mula Mengundi...

TAIPEI - Pilihan raya Taiwan bermula pada hari ini dan keputusan paling awal...

Azerbaijan Beri Sambutan Rasmi Kepada Najib

BAKU (Azerbaijan) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan sambutan rasmi di Istana Presiden di sini pada Jumaat sempena lawatan pertamanya di Azerbaijan.

Ketibaan Perdana Menteri Malaysia di istana itu disambut oleh Presiden Azerbaijan IIham Iliyev.

Najib kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri daripada anggota tentera Azerbaijan sebelum diperkenalkan kepada menteri kabinet dan anggota diplomatik oleh Ilham Aliyev.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama oleh Perdana Menteri Malaysia ke Azerbaijan.

Selain mengadakan pertemuan empat mata dan mempengerusikan bersama mesyuarat dua hala, kedua-dua pemimpin juga dijangka menandatangani deklarasi bersama antara Malaysia dan Azerbaijan, yang menggariskan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan dua hala dan ekonomi dalam pelbagai bidang.


Mesyuarat itu akan memberikan peluang keemasan kepada kedua-dua pemimpin untuk membincangkan isu kepentingan bersama termasuk isu serantau dan antarabangsa dan untuk menjalin kerjasama menerusi usahasama baharu bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Azerbaijan.

Pada 2013, jumlah perdagangan Malaysia dengan Azerbaijan berjumlah USD18.3 juta (RM57.7 juta), jumlah eksport ke Azerbaijan adalah USD15.3 juta (RM48.2 juta) manakala import dari Azerbaijan USD3 juta (RM9.6 juta).

Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, dalam rangka lawatan rasmi dua hari di negeri ini atas undangan IIham Aliyev. Mereka tiba di sini pada Khamis malam.

Perdana menteri dan isteri dijadual pulang ke tanah air Jumaat malam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori