Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kapten QZ8501 Gemar Buat...

YOGYAKARTA – Juruterbang pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501 yang hilang ketika dalam perjalanan dari...

Gempa 7 Skala Richter...

JAKARTA - Gempa bumi bermagnitud 7 pada Skala Richter menggegarkan Pulau Lombok hari...

Kisah Benar ‘Atok’ Ayam...

SIAPA yang tidak mengenali Kolonel Harland David Sanders, pengasas restoran makanan segera Kentucky Fried...

Bila ‘First Lady Of...

DALAM kalangan penyokong malah pemimpin Pakatan Rakyat (PR), ramai memuji sikap Ketua Menteri Pulau...

Azizulhasni Gagal Raih Gangsa Pecut Lelaki

INCHEON – Kesilapan percaturan gear berikutan cuaca mendung menyebabkan jaguh trek negara, Azizulhasni Awang gagal meraih pingat gangsa dalam acara pecut lelaki pada Sukan Asia ke-17 di sini, hari ini.

Pelumba dengan nama jolokan ‘The Pocketrocket Man, sekadar mendapat tempat keempat selepas tewas kepada pelumba China, Bao Saifel 2-1 dalam penentuan gangsa.

Terdahulu, pelumba berusia 26 tahun itu gagal ke final selepas kalah 2-0 kepada pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata pada saingan separuh akhir.

“Kecewa dan sedih sebab saya datang dengan penuh semangat. Rasa semua okay dan sasaran untuk bersaing pingat emas.

“Mungkin silap menggunakan gear kerana susah nak ramal hari ini sebab cuaca mendung dan keadaan angin tidak menentu.

“Saya masih pakai gear yang sama semalam. Selepas tamat perlumbaan, baru dapat tahu pelumba Jepun itu pakai gear lebih besar,” katanya.


Katanya beliau juga kecewa kerana gagal menghadiahkan pingat seperti dijanjikan kepada anak kesayangannya, Amna Maryam yang berusia hampir dua tahun.

“Insya-Allah, saya akan sumbang pingat dalam acara keirin,” katanya yang akan mempertahankan pingat emas dalam acara kegemarannya itu esok.

Sementara itu, pelumba wanita negara Fatehah Mustapa mempunyai peluang menambah pingat selepas pingat perak dalam acara keirin apabila mara ke separuh akhir acara pecut esok.

Pada saingan suku akhir hari ini, Fatehah menewaskan pelumba Korea Selatan, Lee Hyejin 2-0 dan akan berdepan pelumba China, Zhong Tianshi pada separuh akhir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori