MENTERI Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akhirnya menjawab teka-teki mengenai 10 nama barisan Exco Selangor yang baharu, pagi tadi.
Senarai tersebut diumumkan menerusi sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang turut menyaksikan kuota Exco Pas dikurangkan menjadi tiga.
Sementara itu, jumlah kerusi untuk PKR menjadi empat dan DAP kekal tiga.
Senarai 10 nama Exco tersebut ialah:
1. Elizabeth Wong (PKR)
2. Dr Daroyah Alwi (PKR)
3. Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
4. Amirudin Shari (PKR)
5. Datuk Teng Chang Kim (DAP)
6. Ean Yong Hian Wah (DAP)
7. Ganabatirau Veraman (DAP)
8. Iskandar Abdul Samad (Pas)
9. Dr Yunus Hairi (Pas)
10.Zaidy Abdul Talib (Pas)
Azmin turut  mengumumkan jawatan Timbalan Speaker yang disandang oleh Nik Nazmi sebelum ini akan diserahkan kepada Pas.
Menurutnya, keputusan itu dilakukan selepas mengambil kita semua pandangan ahli Pakatan Rakyat, semalam.
Kesemua Exco dijangka akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang, jam 3 petang ini.
Pada masa yang sama, Azmin memberitahu, portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu akan dibincangkan dalam masa terdekat. – Mynewshub