Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

RUU355: DAP Minta Menteri...

KUALA LUMPUR - DAP meminta anggota Kabinet bukan Islam meletak jawatan jika Rang...

Rizab Boleh Guna Malaysia...

KUALA LUMPUR - Rizab Malaysia pada akhir Ogos 2018 tetap boleh guna, dengan...

Syed Saddiq Sokong Pembinaan...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga...

Hari Terbuka Miti Zon...

KOTA BHARU - Sambutan Hari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Zon Pantai...

Azmin Nafi Komposisi Exco Dikekalkan, Salahkan Media

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali menafikan komposisi jumlah Exco daripada setiap parti dalam pakatan rakyat adalah kekal seperti dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

Mohamed Azmin dalam status terkini Twitternya kira-kira sejam lepas dilihat menyalahkan laporan media mengenai jumlah komposisi itu selain mengatakan ia sebagai tidak tepat malah menyifatkan perkara tersebut masih dalam proses rundingan.

“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” katanya menerusi laman sosial berkenaan hari ini.

Sebelum itu, Mohamed Azmin ketika ditemui pemberita sejurus keluar dari Istana Mestika di sini kira-kira pukul 4 petang tadi menyatakan komposisi empat wakil daripada PAS dan masing-masing tiga wakil daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikekalkan.

Beliau yang dilihat memasuki istana tersebut kira-kira pukul 2.40 petang adalah bagi mempersembahkan senarai barisan Exco baharu kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.


Sejurus keluar daripada istana, Mohamed Azmin menyatakan senarai barisan Exco baharu yang dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mendapat perkenan baginda.

“Saya bersyukur kerana Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) perkenan senarai barisan Exco yang saya persembahkan.

“Esok pagi saya akan umumkan senarai penuh nama-nama tersebut,” katanya.

Mohamed Azmin juga berkata majlis angkat sumpah Exco dijadual berlangsung pada 2.45 petang esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori