NAMPAKNYA kali ini pengacara sensasi, Azwan Ali dilihat enggan memberikan sebarang komen mengenai perlantikan abangnya, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.
(Sharifah Sakinah – ‘Mak Bapak Kau Tak Bogel Dapat Kau?’ – KLIK)
Ia jelas dilihat menerusi beberapa status Twitternya:
Sikap ini berbeza dengan beberapa bulan lalu apabila dia pernah mengeluarkan kenyataan yang mempertahankan Azmin sewaktu saingan jawatan Timbalan Presiden PKR pada Mei lalu.
“Salam. Anda tidak pernah lihat Azwan Ali di mana-mana kempen PKR. Peduli apa? Tapi saya sangat yakin, pemenangnya ialah YB Azmin Ali. Jadi?,” tulisnya di akaun Twitter pada waktu itu.
Setakat ini, tidak dapat kami pastikan sejauh mana baiknya hubungan Azwan dengan Azmin.
Bagaimanapun, menerusi tweet terbarunya kira-kira beberapa minit yang lalu, dia secara berteka-teki menyebut mengenai kenyataan eksklusif bersama akhbar Sinar Harian:
Sama ada benar atau tidak, kita tunggu dan lihat saja.
Lagipun, jarang insan yang bernama Azwan Ali ini mengambil langkah berdiam diri dalam memberikan komen untuk tempoh yang lama.
Tak ‘diva’lah kalau gitu…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC