SIAPA yang dapat melupakan ‘drama’ putus cinta yang berlaku antara pelakon Azwan Kombos dan Nad Zainal beberapa ketika yang lalu?
Apa tidaknya, bukan main bahagia lagi gambar-gambar bersama yang dimuatnaik di akaun sosial, tup-tup Nad mendakwa mereka sudah tiada hubungan lagi.
Lebih ‘mengharukan’, Azwan berkata yang dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku dan perkara itu berpanjangan sehingga membawa kepada laporan polis oleh Nad dengan alasan tidak tahan diganggu.
Pada masa yang sama, punca keretakan hubungan mereka turut dikaitkan dengan orang ketiga iaitu Hefny Sahad yang dikatakan berpacaran dengan pelakon wanita itu.
Bagaimapun, menerusi laporan Harian Metro hari ini, Azwan mengakui dia masih mengikuti perkembangan bekas kekasihnya itu dari jauh.
Ha, jangan salah sangka sebab itu tidak bermakna dia mahu mencampuri urusan Nad.
“Saya dengar khabar Nad ada masalah dalam hubungannya, tapi saya tak boleh campur tangan dalam hal peribadi dia. Lagi pun, saya hanya dengar apa yang berlaku. Walaupun hubungan kami sudah berakhir, jauh di sudut hati saya tidak pernah bencikan Nad. Tak dinafikan, rasa sayang sebagai sahabat masih ada, tapi perasaan cinta itu memang sudah tiada lagi,†jelasnya.
(BACA: Nad Tepis Tuduhan Serang Hefny Di Lokasi Drama)
Tidak mahu menganggap apa yang berlaku itu sebagai ‘karma’, Azwan menyifatkan ia adalah perkara normal dalam kehidupan.
Baguslah jika Azwan sudah ‘move on’. Yalah, kalau orang sudah tak sudi, buat apa mahu mengharap lagi.
Pada masa yang sama, kami tertanya-tanya juga apakah perkembangan terkini Nad dan Hefny selepas gosip ‘serang’ di lokasi yang tersebar sebelum ini?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC