Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Obama Minta AS$585 Bilion...

WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semakin hampir meluluskan peruntukan berjumlah AS$585...

DoJ: MalaysiaKini Kantoi Isu...

SENARAI barang kemas dipaparkan portal propembangkang Malaysiakini didakwa konon dibeli Low Taek Jho sebagai...

Korea Selatan Fail Petisyen...

SEOUL - Menteri Perdagangan Korea Selatan, Kim Hyun-chong, pada Selasa berkata negara itu...

Cadangan Kenaikan Tambang Bas...

KOTA BAHARU - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan kepada kerajaan permintaan...

Bagaimana Membuang Toolbar Yang Menggangu Pada Komputer?

Kadang-kala, sering kali ketika memasang sesuatu perisian aplikasi, ia turut hadir dengan toolbar yang dipasang secara automatik.

Perkara ini mungkin tidak digemari ramai dan sering menganggu pengalaman pelayaran web anda.

Setiap toolbar yang terpasang ini boleh dibuang melalui Control Panel, tetapi mungkin bagi pengguna baru, mereka tidak menyukai akan kaedah ini.

Untuk memudahkan proses tersebut, salah satu perisian yang membantu adalah ADWCleaner.

ADWCleaner merupakan salah satu perisian percuma untuk Windows yang membolehkan pengguna untuk membuang toolbar, adware, dan pelbagai perisian yang tidak diingini dengan mudah.

ADWCleaner ini tidak dipasang pada komputer, dan beroperasi lebih kurang menyerupai portable-apps, dimana ia boleh dijalankan selepas ia dimuat-turun tanpa melalui proses pemasangan.

Sebaik sahaja menjalankannya, pengguna boleh memulakan proses pengimbasan, dan seterusnya membuang pelbagai toolbar dan perisian yang tidak diingini dengan klik pada “Clean”.


Apa pun, sebelum membuat proses “Clean”, sila pastikan apakah perisian yang akan terkesan dengan klik pada setiap tab dan melihat apakah yang akan dibuang.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun ADWCleaner hari ini dan memastikan komputer anda terus bebas daripada perisian yang tidak diingini ini.

Sumber: PC-tips

Muat turun: ADWCleaner untuk Windows

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori