Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Agong Beriltizam Teruskan Legasi...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Sukar Tunai Manifesto Bukan...

KUALA LUMPUR - Selepas 16 bulan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya...

Vanessa Angel Melacur Bayar...

JAKARTA - Dihimpit hutang keliling pinggang adalah punca utama aktres popular Indonesia, Vanessa...

Sultan Kelantan Berjalan Dengan...

KOTA BHARU - Sejarah terus terlakar apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan...

Bakal Haji Kemboja Terkandas Di KLIA, Silap Tiket Penerbangan

BESAR sungguh dugaan bakal haji dari kemboja ini apabila mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Khamis lalu, selepas berlaku kesilapan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah.

Seramai 98 bakal haji itu tiba ke negara ini menerusi dua penerbangan iaitu MH755 dan MH763 dan transit di KLIA sebelum ke Jeddah.

Ketua rombongan, Ariffin Ismail, 45, berkata, mereka tidak boleh berlepas ke Jeddah berikutan kesilapan pembelian tiket diuruskan pihak agensi haji di Phnom Penh yang ditempah sebagai penerbangan biasa.

“Berikutan itu, kami semua tidak dapat meneruskan perjalanan ke Jeddah disebabkan kesilapan pada tiket berkenaan. Saya menghubungi pihak agensi di Phnom Penh namun mereka seolah-olah menuding jari serta tidak mahu mengakui kesilapan.

“Agensi yang menguruskan perjalanan kami menyalahkan pihak syarikat penerbangan serta lambat bertindak. Kami buntu dan tidak tahu hendak ke mana,” katanya ketika ditemui Bernama di KLIA di sini.

Ariffin yang juga guru agama di Kemboja, berkata mereka berharap ada pihak yang membantu menguruskan perjalanan ke tanah suci.

Haji Kemboja Terkandas


“Waktu wukuf adalah pada Rabu depan dan kami berharap sangat dapat ke tanah suci seboleh-bolehnya Isnin ini. Niat kami memang ke tanah suci dan sekiranya tidak dapat ditunaikan, kami berasa terkilan,” katanya.

Bakal jemaah haji, Yousoh Yab, 35, berkata, dia berharap masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan segera memandangkan mereka menghadapi kesukaran sepanjang terkandas di KLIA.

“Kami terpaksa tidur di beramai-ramai di atas lantai. Malah, menghadapi kesukaran untuk mandi memandangkan terlalu ramai.

“Ada di antara kami mempunyai saudara di Malaysia dan mereka datang membawakan makanan. Saya berharap sangat dapat ke Tanah Suci kerana ini kali pertama saya mahu ke Makkah,” katanya. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori