Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

EU Mahu Labelkan Tenaga...

BRUSSELS : Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk melabelkan kuasa nuklear dan gas asli...

Banjir Kilat Di Bandar...

BANDAR BAHARU - Keadaan banjir kilat yang melanda Bandar Baharu sejak awal bulan...

Mahu Sumbang RM5,000 Kepada...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka akan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarga Penyelia Penerbangan...

Bencana Banjir, Ribut Pasir...

JEDDAH - Hujan lebat dan ribut pasir di Arab Saudi menyebabkan bencana banjir,...

Bank Rakyat Ambil Langkah Pencegahan Elak Mesin Digodam

KUALA LUMPUR – Bagi mengelak penggodaman Mesin Juruwang Automatik (ATM) seperti yang berlaku ke atas bank di negara ini sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM3 juta, Bank Rakyat mengambil beberapa langkah pencegahan bagi meningkatkan tahap keselamatan mesinnya.

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak berkata walaupun tiada laporan kejadian sama berlaku ke atas bank itu setakat ini, pihaknya tetap mengambil langkah berjaga-jaga demi meningkatkan tahap keyakinan pelanggan ke atas bank berkenaan.

“Antara langkah yang kita ambil dengan memastikan tiada objek-objek yang diletakkan pada mesin ATM kita dan kita akan meletakkan pengawal keselamatan di setiap mesin dalam tempoh tiga bulan ini.

“Mana ATM yang lama, yang pakai cakera padat (CD) tu, pada masa depan kami akan ‘disable’ (lumpuhkan),” katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan 20 unit van oleh Bank Rakyat di sini, hari ini.

Sumbangan 19 unit van jenazah dan sebuah van penumpang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Semalam, polis melaporkan satu sindiket dipercayai dari Amerika Latin melarikan wang tunai lebih RM3 juta, setelah menggodam 17 mesin ATM di Selangor, Melaka dan Johor.


Dalam kejadian penggodaman itu, tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka.

Sembilan belas unit van jenazah itu disumbangkan kepada 19 buah masjid terpilih di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor, Terengganu, Perak, Pahang, Melaka dan Kelantan serta sebuah lagi van penumpang kepada Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur.

Nilai keseluruhan sumbangan berjumlah RM1.6 juta dan ia merupakan sebahagian daripada peruntukan zakat Bank Rakyat bagi 2013.

Bagi 2013, nilai zakat Bank Rakyat adalah RM41 juta dengan RM15 juta diagih sendiri oleh bank menerusi kaedah sumbangan kenderaan jenazah atau bantuan lain.

Selain sumbangan kepada masjid yang memerlukan, Bank Rakyat juga menyalurkan bantuan kepada anak yatim, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), golongan kurang berkemampuan dan mereka yang ditimpa musibah alam akibat banjir, kebakaran, peperangan di Gaza, Palestin dan sebagainya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori