TAKZIAH kami ucapkan kepada penyanyi Haziq Rosebi yang juga dikenali sebagai Hazif AF4 atas pemergian bapanya, Rosebi Ibrahim,57, tengah hari tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 12.30 tengah hari di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras akibat penyakit barah hati, memetik laporan Berita Harian.
Menurut kakak Haziq, Anil Ezatul, penyakit bapa mereka mula didiagnosis sejak tahun lalu.
Namun, Allahyarham mula sakit sejak dua minggu yang lalu dan dimasukkan ke hospital.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, tiga anak dan seorang cucu dan akan dikebumikan di Bukit Piatu, Melaka.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC