Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

MCA Pastikan BN Terus...

MELAKA - Parti MCA dan parti komponen Barisan Nasional (BN) saling memerlukan antara...

Surat Terbuka Zakir Naik...

NEW DELHI - Pendakwah kontroversi India, Dr. Zakir Naik, yang didakwa menanam sifat...

Yuna Berang Busana Hatta...

MENAIP komen, kutuk, puji dan macam-macam lagi. Itulah apa terdapat dalam sebuah akaun...

Kastam Terengganu Terus Tingkat...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu akan terus memperketatkan sistem...

Bayar Bil Secara Tunai Sahaja Mulai 1 Oktober – Syabas

KUALA LUMPUR – Pembayaran bil air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) di kaunter pembayaran dan kiosk milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) hanya secara tunai bermula 1 Oktober ini.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, pembayaran bil air menggunakan cek tidak lagi diterima oleh pihak TNB.

“Melalui persetujuan bersama juga, Syabas tidak lagi menerima pembayaran cek untuk bil TNB di kaunter Syabas bertujuan mempercepatkan proses kemas kini maklumat masing-masing.

“Oleh demikian, pembayaran bil air di kaunter bayaran dan kiosk milik TNB perlu dibuat secara tunai” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Priscilla bagaimanapun berkata, urusan pembayaran bil air Syabas secara tunai atau cek di agensi kutipan Syabas seperti bank dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kekal seperti biasa.

Beliau dalam pada itu memaklumkan, Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat Syabas (OSCS) hanya ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.


Oleh itu, katanya, pengguna tidak perlu pergi semula ke kaunter pejabat wilayah Syabas semasa akaun bekalan air dibuka bagi pelbagai urusan termasuk pertukaran penama pemegang akaun, permohonan semula bekalan air, penutupan akaun bekalan air dan lain-lain.

Secara keseluruhan, OSCS memudahkan dan memendekkan tempoh masa yang diperlukan oleh pengguna untuk membuat urusan tersebut.

“Pengguna juga dinasihatkan agar membuat pembayaran bil air mengikut tempoh waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya kesulitan,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori