Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Salah Buka Baju Di...

PEMINAT pasukan Liverpool menyuarakan kebimbangan mereka berhubung kecederaan yang dialami pemain sensasi, Mohamed...

Usah Ali Baba Lesen...

TAWAU - Kontraktor bumiputera yang memperoleh lesen menerusi kursus yang dianjurkan kerajaan diingatkan...

Tular Pelajar Terkencing Ditahan...

DITANGKAP oleh pihak polis semasa menunggang motosikal tanpa lesen adalah satu perkara yang...

WHO Cabar Pengkritik Siasatan...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam pengkritik siasatan terhadap asal usul wabak...

Bayi 3 Bulan Meninggal Dunia Di Pusat Asuhan

PETALING JAYA – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia ketika berada di sebuah pusat asuhan kanak-kanak swasta di Bandar Utama, Damansara di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu kira-kira 2.00 petang.

“Menurut maklumat awal, bayi itu berada dalam keadaan sihat dan berjaga pagi tadi kira-kira jam 9.30 sebelum dihantar ke pusat itu yang telah beroperasi sejak lapan tahun lalu.

“Difahamkan sejak kecil, bayi tersebut telah dihantar ke pusat itu yang diusahakan oleh seseorang yang berpengalaman lebih kurang 20 tahun,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata pusat yang beroperasi pada hari bekerja jam 9.30 pagi hingga jam 7 malam itu mempunyai enam pengasuh kanak-kanak dan seramai 29 kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan pengasuh-pengasuh tersebut dibawa ke balai bagi membantu siasatan.

Bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori