Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rompak Guna Pistol Mainan,...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pekerja kedai runcit menangis teresak-esak selepas dijatuhi hukuman...

Bekas CEO Didakwa Rasuah...

IPOH - Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perak Corporation Berhad dihadapkan...

Salleh Ramah Mesra Dengan...

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari...

Pengumuman Pakatan Harapan Tak...

KUALA LUMPUR – Pengumuman Pakatan Harapan berhubung calon perdana menteri dan timbalan perdana...

Bayi Perempuan Diserang Biawak Kini Stabil, Terima 50 Jahitan

BAYI perempuan yang diserang biawak semalam menerima 50 jahitan dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Memetik laporan Bernama, bayi berusia lapan bulan itu cedera di bahagian muka dan kepalanya setelah diserang oleh seekor biawak ketika berada di dalam walker, di hadapan pintu dapur rumahnya di Pulau Tioman pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata secara tiba-tiba datang seekor biawak dari arah luar terus menyerang bayi malang berkenaan kira-kira jam 10 pagi.

“Bayi berkenaan Nor Hidayah Abdul Rahman dilaporkan ditinggalkan di situ seorang diri sementara ibunya Noraudah Maisarah, 39, seorang suri rumah sedang menyenduk bubur di kediaman mereka di kuarters pekerja Berjaya Resort .

“Melihat keadaan itu, wanita berkenaan terus bertindak menyelamatkan anaknya dan menghalau haiwan berkenaan,” katanya.

Johari berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Daerah Mersing sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

bayibiawak1


Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada bapa mangsa Abdul Rahman Ismail, 38, seorang penyelenggara di resort berkenaan yang ketika itu sedang bekerja, sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

“Pihak Jabatan Perhilitan telah dimaklumkan tentang perkata tersebut untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu di Johor Baharu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata doktor dan kakitangan HSA terus memantau keadaan kesihatan bayi terbabit di wad kanak-kanak hospital berkenaan selepas dipindahkan dari Hospital Mersing semalam. :-MYNEWSHUB.CC

(BACA – MENGAPA AGAKNYA BIAWAK MENYERANG BAYI BERKENAAN? – KLIK)

Oleh: SYA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori