Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bahan Api Di Bandar...

PENGGUNA jalan raya di kawasan bandar mungkin akan mendapat harga diskaun bagi bahan...

Kaki Seks, Mulut Celupar...

MANILA - Ingat nama ini - Rodrigo Duterte. Inilah nama yang akan anda...

Kementerian Pertanian Sedia Pinda...

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia untuk meminda Akta...

Penunggang Motosikal Maut Terhumban...

SEREMBAN - Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak ke dalam gaung sedalam kira-kira...

Bayi Usia 5 Hari Dilahirkan Dengan Ekor

India – Seorang bayi yang berusia lima hari, yang dilahirkan dengan `ekor’ sepanjang 12cm telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu yang seberat 350g.

Bayi itu dilahirkan dengan kembar yang bercantum di badannya dan ekor tersebut merupakan sebahagian daripada pertumbuhan kembar yang tidak menjadi.

Ia terpaksa dibuang kerana jika dibiarkan `ekor’ berkenaan akan menjadi kanser.

Pembedahan selama tiga jam itu dijalankan di Gujerat oleh tiga pakar.

Meskipun kebiasaannya kanak-kanak yang mempunyai ekor ketika dilahirkan akan dianggap sebagai `dewa’ namun bagi ibu bapa bayi berkenaan, mereka telah meminta doktor membuang ketumbuhan itu bagi mengelakkan keadaan kesihatan anak mereka bertambah buruk.


Ibu bayi tersebut, Jamnibhen Patel berkata dia amat terkejut selepas melihat bayi yang dilahirkan nmempunyai ekor.

“Sebaik melihat ketumbuhan itu, saya mahu ia dibuang segera kerana saya kasihankan anak saya.

“Saya tidak dapat membayangkan membesarkan anak lelaki saya itu dengan ekor di belakangnya walaupun ramai yang percaya ia adalah jelmaan dewa Hanuman,’’ katanya.

Menurut Jamnibhen, dia tidak menyedari mengenai keadaan bayinya itu semasa dalam kandungan kerana tidak pernah membuat imbasan ultra sound, disebabkan kemiskinan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori