Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jika MH370, MH17 Dan...

Apakah kehilangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia satu kemalangan udara yang biasa  atau sesuatu...

Peminat Hampir Pengsan Terima...

AKTOR kacak Korea Selatan, Lee Min Ho terkenal sebagai seorang artis yang rajin...

6 Rumah Setinggan Musnah...

JOHOR BAHARU - Enam buah rumah setinggan musnah dalam kejadian tanah runtuh di...

Belum Buat Pendirian Berhubung...

TASEK GELUGOR - Parti Amanah Negara (Amanah) belum membuat pendirian terhadap usul Rang...

BBQ Chicken, Sensasi Korea Kini Singgah Di Malaysia

PASTINYA ramai yang gemar meratah kepak ayam atau chicken wing. Malah ada yang tak boleh sehari berlalu tanpa menjamah makanan ringan tersebut.

Tapi memang agak sukar untuk kita jumpa dengan kedai yang menjual chicken wing dengan aroma yang memang enak dan pelbagai perisa yang mampu membangkitkan selera kita.

Kini anda tak perlu risau lagi kerana sebuah rangkaian kedai makan dari Korea, BBQ Chicken kini sudah mula melebarkan sayapnya di Malaysia untuk memenuhi citarasa serta selera penduduk di Malaysia!

Setakat ini sebanyak 13 buah cawangan BBQ Chicken sudah berada di seluruh negara bagi meluaskan pasaran produk mereka terhadap penduduk setempat.

IMG_9788_low

olive

(Ganjeong Chicken)

Untuk memberikan kelainan dalam setiap hidangan mereka, BBQ Chicken menghidangkan hanya ayam yang segar dan terbaik untuk pelanggan mereka, di mana restoran ini hanya menggunakan ayam segar dan langsung tidak menggunakan ayam sejuk beku.

Selain itu, ayamnya diperap selama 12 hingga 15 jam sehari dengan 30 jenis rempah dan sos istimewa yang merupakan resipi rahsia pemilik BBQ Chicken.

coco col

(Coco Col untuk mereka yang ‘on the go’, bahagian atas diletakkan pop corn chicken dan bahagian bawahnya ‘soft drinks’)

Buat yang menjaga kesihatan, anda memang tak perlu risau sekiranya ingin menjamu selera di sini kerana mereka menggunakan seratus peratus minyak zaitun untuk mengoreng ayam serta menu-menu lain di sini.

Menurut Penolong Pengurus Pemasarannya, Josephine Koh, antara hidangan ‘meletup’ di sini ialah Jerk BBQ yang menggunakan resipi perapan dari Jamaica, Korean Charbroiled, Gangjeong Chicken, Hot Hot Drums, Golden Olive Chicken, Spoon Pizza dan Pane Mushroom Cream Soup.

joe1

(Josephine Koh)

Jerk BBQ memang sesuai dijadikan santapan buat seisi keluarga kerana rasanya tidaklah terlalu pedas dan rasanya memang ‘manis-manis’, sesuai untuk semua peringkat usia kalau nak try!

jerkbbq

(Jerk BBQ dan Spoon Pizza)

Bagi yang memang ‘hantu’ pedas, ayam Hot Hot Drums seharusnya ada dalam list mesti cuba anda!

Masakan tidak, Hot Hot Drums merupakan seleksi hidangan ayam yang paling pedas yang pernah ditawarkan di BBQ Chicken.

Hot Hot Drum Platter

(Hot Hot Drums)


Sekali makan, memang anda akan berasa peluh memercik di dahi tapi apa-apa pun rasanya memang terbaik! Harus cuba kalau anda berkunjung ke sini tapi buat mereka yang tahan pedas tahap maksima sahajalah ya!  Memang betul-betul ‘terangkat’!

Bagi yang jemu makan ayam, usah risau kerana kat sini ada juga menghidangkan seleksi pilihan makanan lain antaranya pelbagai variasi spaghetti, pasta dan pizza Korea yang dibuat daripada lempeng, memang satu kelainan!

Spoon Pizza (Sous-Vide Chicken)

(Spoon Pizza)

pasta

(Seafood Linguine)

Dan bagi menyudahkan pengalaman makan menggembirakan di restoran ini, apa kata anda mencuba pencuci mulut signature mereka iaitu brownies dan cheese cake yang sering mendapat permintaan hangat di kalangan pelanggan setia mereka.

Jadi, apa tunggu lagi, segeralah bawa ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang anda menikmati menu-menu menarik dan menyihatkan yang terdapat di BBQ Chicken.

Cawangan BBQ Chicken di sekitar Lembah Klang boleh didapati di Festival City Mall, Berjaya Times Square, Bangsar Trade Centre, Wangsa Walk Mall, One City USJ 25, The Curve, 1 Utama dan Desa Sri Hartamas.

Sementara itu, cawangan BBQ Chicken di Sabah dan Sarawak boleh didapati di Plaza Merdeka, Kuching, Imperial Permaisuri City Mall, Miri, Tanjung Batu, Bintulu, River Edge Commercial Centre, Kuching, Suria Sabah Shopping Mall dan Imago Mall, Kota Kinabalu. – MYNEWSHUB

nasi

(Pineapple Olive Rice)

bbqq

bbqq1

kimchi

(Kimchi Deopbap)

Makanan: ****

Perkhidmatan:  ***

Harga:  ***

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori