Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Chow Yun-Fat Beratur Beli...

JIKA di Hollywood Keanu Reeves dikenali sebagai selebriti yang sangat merendah diri kerana...

7 Terbunuh Serang Hendap...

MANILA - Enam anggota polis dan seorang penduduk tempatan terbunuh dalam dua serang...

Isu Murtad: Rahim Thamby...

PETALING JAYA - Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Selangor (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim...

Comel Giler! Gadis Cina...

Ingatkah lagi kita semasa zaman kanak-kanak, 'bermain' dengan sisa makanan merupakan satu tabiat...

VIDEO : Bebas Cukai Lengang Tapi ‘Colek Pok Li’ Makin Popular

TUMPAT (Kelantan) – Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor yang biasanya menjadi tumpuan orang ramai di Tumpat ini bagaimanapun kelihatan lengang biarpun ada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan pada lusa.

PokLi_5

DSC_7980

Biasanya, jika ada PRK dijalankan, ramai orang luar akan datang untuk membanjiri kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen berkenaan untuk membantu kempen atau pun sekadar merasa kehangatan kempen.

Jika di lokasi pilihan raya terdapat banyak kawasan tumpuan sudah pasti orang ramai akan membanjiri lokasi berkenaan tambahan apabila tinggal kira-kira dua hari sebelum hari mengundi.

http://youtu.be/qQblrssZn-w

Tetapi, biarpun Kawasan Bebas Cukai itu lengang, tetapi tidak bagi pengusaha rojak buah iaitu Pok Li yang rezekinya semakin bertambah hari demi hari semenjak kempen PRK DUN Pengkalan Kubor bermula minggu lepas.

Semenjak rojak buah atau ‘Colek Pok Li’ disiarkan di media, gerai itu yang diusahakan Jihad Hussain, 64, di dalam kawasan bebas cukai berkenaan menjadi tumpuan ramai termasuk wakil media lain.

PokLi_2Segelintir wartawan mengambil kesempatan pada hari ini untuk singgah ke kawasan bebas cukai untuk membeli-belah barangan seperti alas tidur yang dikenali sebagai Toto atau Narita yang sememangnya menjadi tumpuan.


Mereka kemudian mengambil kesempatan mencuba untuk merasa Colek Pok Li yang terdiri daripada lima jenis buah, anda boleh memilih mana-mana tiga buah hanya dengan harga RM5.

Bagaimanapun, Mynewshub.cc boleh mengetahui apa yang menyebabkkan rojak Colek Pok Li disukai ramai.

Ia adalah kerana berkat kalimah Bismillah yang diucapkan Jihad sepanjang masa beliau menyiapkan rojak buah yang dipesan oleh pelanggan.

-

Keunikan rasa Colek Pok Li ialah pada kuah rojaknya yang tidak terlalu manis dan tidak terlalu pedas tambahan pula dengan buah-buahan yang disediakan begitu baik dan lazat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU Kƃā€šĆ‚Ā  | Foto dan Video : RIZA RAZAK

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori