Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Murid Meninggal Sebab Gula...

Isu kebocoran kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mencetuskan ribut dalam dunia...

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan...

PKPB yang sebelum ini dilaksanakan dari 4 hingga 12 Mei membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). - MYNEWSHUB

Video: Gempar Bila Jenazah...

LAMAN sosial Facebook dikejutkan hari ini dengan penyebaran video jenazah yang sedang dimandikan,...

Lagi Pelajar Dakwa Dipukul...

KLANG - Satu lagi kes pukul di sebuah sekolah agama telah tersebar tular...

IS Bebaskan 46 Tebusan Warga Turki

ANKARA – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, 49 tebusan yang diculik oleh militan Negara Islam (IS) di utara bandar Mosul, Iraq pada 11 Jun lalu telah dibebaskan dan selamat pulang ke tanah air semalam.

Mereka diculik di Konsulat Turki di Mosul apabila sekumpulan militan IS menawan bandar itu pada Jun lalu.

Pembebasan mereka agak berbeza dengan nasib dua wartawan Amerika Syarikat dan seorang sukarelawan British yang mati selepas kepala mereka dipenggal oleh militan IS.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc pula berkata, tawanan itu terdiri daripada 46 warga Turki, manakala tiga yang lain merupakan warga Iraq termasuk seorang Konsul Ozturk Yilmaz, diplomat lain, kanak-kanak dan pasukan khas polis.

“Mereka dibebaskan awal pagi semalam dan telah tiba di Turki,” kata Ahmet kepada wartawan Turki ketika melawat Baku, Azerbaijan.


Beliau bagaimanapun tidak memberitahu lokasi tawanan berkenaan dibebaskan, namun mangsa dibawa pulang menerusi bandar di selatan Turki, Sanliurfa yang menunjukkan mereka dipindahkan dari Iraq ke Syria.

Ahmet berkata, pembebasan itu adalah hasil perisikan dengan ‘kaedah sendiri’ dan bukannya operasi menyelamat yang melibatkan pasukan khas.

“Selepas berusaha sejak beberapa minggu, rakyat kita akhirnya pulang ke tanah air,” katanya. – AP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori