Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri...

MELAKA: Seorang pekerja pengurusan jenazah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari...

Pesara JPJ Ditahan Disyaki...

KOTA BAHARU - Seorang pesara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan polis kerana dipercayai...

Siswazah APU Pikat Syarikat...

BEPPU (Jepun) - Di Ritsumeikan Asia Pacific University (APU), yang menghimpunkan mahasiswa dari...

Konflik Israel-Palestin: Rakyat Thailand...

BANGKOK: Seorang rakyat Thailand maut, manakala lapan cedera dan 11 lagi dijadikan tebusan...

Berita Pemindahan Makam Nabi Muhammad Suatu Pembohongan

KUALA LUMPUR – Berita mengenai rancangan pemindahan makam Nabi Muhammad S.A.W yang disiarkan oleh akhbar Britain ‘The Independent’ adalah suatu pembohongan, kata Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Islam (ISISCO).

Dalam siaran akhbar yang dihantar kepada Bernama hari ini, ISISCO yang berpangkalan di Rabat, Mahgribi, mengecam sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dalam artikel ditulis oleh wartawan akhbar itu, Andrew Johnson.

Akhbar itu pada hari ini menyiarkan artikel itu yang menyebut cadangan kontroversi itu terkandung dalam satu dokumen kajian yang disediakan oleh seorang tokoh akademik Arab Saudi.

Laporan itu menyebut makam Nabi Muhammad S.A.W akan dipindahkan daripada kedudukannya sekarang dalam Masjid al-Nabawi di Madinah ke kawasan perkuburan Baqi yang terletak berdekatan masjid itu dan pihak berkuasa Arab Saudi sedang berbincang berhubung cadangan itu.

ISISCO berkata laporan tidak bertanggungjawab itu merupakan suatu pembohongan besar berpunca daripada rasa benci dan konspirasi terhadap umat Islam dan kerajaan Arab Saudi yang menjadi tuan rumah kepada tempat-tempat suci Islam.


Tuduhan palsu itu juga bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan dan kekacauan yang mampu mengancam keselamatan dan perpaduan serta memburukkan lagi keadaan di rantau ini di mana peperangan dan keganasan antara agama berlaku, menurutnya.

ISISCO menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya tidak mempercayai tuduhan jahat itu dan berkata makam Rasulullah S.A.W akan kekal di tempat mulianya sehingga hari kiamat.

ISISCO juga menuntut pihak berkuasa Arab Saudi menyaman penulis dan akhbar yang menerbitkan artikel pembohongan itu. – BERNAMA

1 komen

  1. Well, spt biasa.. nak berhujah dgn Al-Quran & Al-Hadith, dalil tak menyebelahi.. maka fitnah la jadi senjata. Tu la keja geng “anti-wahabi” tak sudah2 dr dulu. Bukan nak kata kerajaan Saudi tu bebas dr salah, tidak.. tapi beragak la. Hati2 dgn fitnah musuh dlm selimut ya ikhwan!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori