Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Awal Ashaari Pakai Skirt,...

MINGGU Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Week atau KLFW) sudah pun melabuhkan...

Russia Dakwa 1,351 Askarnya...

MOSCOW: Tentera Russia mendakwa 1,351 askarnya terkorban di Ukraine dan memindahkan lebih 400,000...

Kepimpinan UMNO, Meriahkan Muktamar...

KUANTAN - Rombongan daripada kepimpinan UMNO hadir memeriahkan Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di...

Thaipusam Tahun Ini Disambut...

KUALA LUMPUR - Sambutan Thaipusam di Malaysia yang selalunya meriah, kali ini terkesan...

Bill Clinton Dapat Cucu Pertama, Bayi Perempuan Charlotte Clinton

BEKAS Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan bekas Setiausaha Negara Hillary Rodham Clinton menerima cucu pertama semalam.

Chelsea Clinton dan suami, Marc Mezvinsky mengumumkan kelahiran anak pertama mereka itu pagi semalam menerusi Twitter.

Anak itu diberi nama Charlotte Clinton Mezvinsky.

CLINTON DAUGHTER

Bayi itu dilahirkan ketika Hillary masih menimbang untuk bertanding pilihan presiden 2016, keputusan yang mungkin menjadikan beliau presiden wanita pertama negara itu.

Sementara itu, bekas Presiden AS dan isterinya, Hillary Clinton turut memuat naik status kelahiran cucu mereka dalam akaun Twitter masing-masing.


Terdahulu, ketika mesyuarat Inisiatif Global Clinton 2014 di New York, Clinton secara tidak sengaja memberi bayangan akan mendapat cucu lelaki, kerana tersasul menyebutnya sebelum menukar kepada ‘cucu perempuan’.

Bagaimanapun, Clinton kemudiannya berkata, dia tidak tahu apa jantina cucunya, kerana Chelsea dan suaminya mahu ia menjadi satu kejutan.

Beliau ialah calon utama Parti Demokrat untuk menggantikan Presiden Barack Obama. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori