KALAU sudah namanya lelaki, biasalah jika cara percakapan dan pergaulan tampak sedikit kasar.
Dek kerana itulah, penyanyi Black Hanifah dan rakan duetnya, RJ didakwa bergaduh, memetik laporan Harian Metro.
Ia ditambah lagi dengan cerita segelintir pihak yang mengatakan mereka sudah jarang dilihat bersama dalam beberapa persembahan pentas
Hakikatnya, RJ memberitahu keadaan itu berlaku kerana komitmen Black kini lebih terarah kepada isterinya yang hamil empat bulan.
“Saya percaya kami sudah jarang jumpa atau buat persembahan sekali kerana faktor masa dan keadaan, itu saja. Lain-lain hal kami masih okay dan berjumpa sekali-sekala.
“Orang lihat saya makin kerap bergerak solo sekarang kerana kami sudah tidak dapat berjumpa selalu, itu saja. Lagi pun takkan saya tak boleh nak bergandingan dengan penyanyi lain? Takkan kalau sebut duet saja mesti dengan dia? Saya pun ada perancangan sendiri. Takkan nak selamanya bergantung pada dia saja,†katanya.
Pada masa yang sama, Black memohon maaf jika pergaulannya yang agak kasar dengan RJ menimbulkan salah faham kepada pihak luar.
“Saya amat menghormati dan menghargai jasa dia di mana kami bermula sebagai PR (pegawai perhubungan awam) dan artis sejak enam tahun lalu. Banyak yang dia ajar ketika saya mula-mula menyanyi dulu.
“Benda itu saya tak mungkin boleh lupakan. Jadi kalau setakat kami gaduh kecil, itu perkara biasa. Seboleh mungkin saya mahu kami terus berkawan sampai kami tua dan akhir hayat,†ujarnya.
Ha, kalau dua-dua sudah menafikan perkara itu, siapalah kita sebagai orang luar untuk pandai-pandai membuat kesimpulan.
Lagipun, secara lumrahnya, lelaki kalau sudah bersahabat, selalunya memang akan kekal hingga ke akhir hayat sebab mereka tak mudah sentap macam perempuan. Oppss…!
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC